Unadulterated Parasites – Welcome Parasites (Demo 2013)

0

Asalnya gua langsung xtau kewujudan band bernama Unadulterated Parasites ini. Difahamkan band ini ditubuhkan sekitar 2009. Merupakan sebuah band yang berasal dari daerah Baling, Kedah Darul Aman. Membawakan konsep grindcore yang setelah gua mentelaah demo mereka ini ternyata mereka punya satu kekuatan yang perlu kami expose untuk diketahui umum music serta bakat yang ada pada mereka. Menghasilkan demo pertama bertajuk Noise In Cell Rehearsal 2013 dan terbaru Welcome Parasites Demo 2013.

 Piji Ghebor (Vocal), Derih (Gitar), Bob Tapong (Bass), Jori Neng (Drums)
 Cover artwork/layout oleh Jep (Cronosses) dan Unadulterated Parasites
Tracklist :
1 – Interlude (Welcome Parasites)
2 – Nationality Retarded
3 – Mistake In Angry
4 – Unfettered
5 – Police Criminal Whore
6 – Annoying Bastards
7 – Corrupted

Kesemua lagu melalui proses rakaman di Soundmaker Studio Penang. Juga melalui proses mixing ditempat yang sama oleh Soundmaker Studio dan Bob Yasser. Dikeluarkan bersama oleh Revulsion Records, TebulaihNyor Distro, DushBangCore Artwork Injector dan Kratom City Hardcore.

Setelah mentelaah kandungan lagu2 didalam demo Welcome Parasites ini gua boleh merumuskan bahawa Unadulterated Parasites merupakan sebuah band yang punya style dan cara tersendiri dalam mengolah lagu2 mereka. Kekuatan yang jelas adalah pada groove dalam setiap lagu yang dimainkan dan tidak lupa juga pada gabungan growl dan scream dari vocalist band ini. Agak ngeri cara nyanyian beliau. Walaupun kedengaran sedikit seakan style nyanyian Gore namun penangan grindcore tetap kental dan menyerlah.

Mungkin perbandingan yang boleh dilihat di Malaysia ini adalah dari band Ipoh iaitu Bahajang (boleh klik SINI untuk baca review EP mereka). Namun untuk Unadulterated Parasites, gua meramalkan mereka punya pengaruh dari band seperti Sore Throat namun mereka menyatakan music mereka banyak dipengaruhi oleh band2 seperti Insect Warfare, Sakatat, Death Toll 80K.. Juga walaupon nampak sedikit komedi tetapi music mereka agak serius. Mereka antara pelapis grindcore terbaru tanahair dan gua berharap mereka punya peluang cerah untuk maju kehadapan jika menghasilkan sesuatu yang lebih gempak untuk material akan datang.

Tidak sah jika gua tidak mereview jika tidak diselitkan mutu sound produksi sesebuah produk yang sampai ketangan gua. Untuk demo Welcome Parasites, mungkin berada ditahap sederhana mutu rakaman dan mixingnya. Tidak terlalu raw dan tidak terlalu clean namun secara peribadi gua beranggapan dengan mutu bunyian yang dihasilkan untuk demo ini adalah sangat bersesuaian dengan konsep yang dibawa oleh band ini. Penggunaan sample2 bunyi juga dialog juga diselitkan pada permulaan dan akhir lagu. Ya.. mereka ada letak sound sample dialog2 dari filem Allahyarham P.Ramlee.. Salute!!!

Ok, gua tak mau buat ulasan panjang berkenaan produk ini. Cuba lah contact label2 yang dinyatakan diatas untuk mendapatkan demo yang dikeluarkan dalam format kaset ini. Gua pasti jika band ini punya hayat panjang dan mampu melangkah jauh satu hari nanti, pastinya ramai akan mencari semula kaset ini. Hahaha.. Kenali Unadulterated Parasites melalui laman sesawang dibawah preview song ini. In Grind We Trust!!!

Email
Facebook
Myspace
Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected