Goresluts – Divisi Panji Merah (2014)
Ini merupakan album baru Goresluts setelah menghasilkan sebuah EP, terlibat dalam sebuah split 4 band dan album pertama pada 2009. Goresluts boleh gua katakan membawa konsep yang sedikit bercampur antara Death Metal, Goregrind dan Grindcore. trademark paling mudah untuk mengklasifikasi apa itu Goresluts adalah lirik2 yang lucah!!! hahaha.. Ok, gua agak sedikit terlewat memiliki album bertajuk Divisi Panji Merah ini. Namun setelah CD ini berada di tangan dan menghentak gegendang telinga gua, so gua rasa Divisi Panji Merah ini adalah perlu untuk di expose bukan setakat dalam negara malah jika ia nya sampai ke gegendang mat saleh sekalipun gua rasa ianya adalah satu kejutan dan sangat membanggakan.
Divisi Panji Merah (2014) melalui rakaman di Kerbauworks Studio, Kuala Lumpur antara Februari sehingga Jun 2014. Sound engineer bagi rakaman ini adalah Tom. Tom dan Goresluts sendiri adalah penerbit bagi album ini. Grundar Productions sebuah label dari Johor merupakan label yang bertanggungjawap mengeluarkan album ini.
Fuhhh!!!! Glorified yang bermula dengan sedikit sound sample sebagai intro dan apabila music menjelma agak memeranjatkan gua. Pertama sound produksi yang terus menghentam gegendang telinga gua yang cerewet ini. Memang sedap dan olahan track pertama ini agak lain dari material2 terdahulu dari Goresluts. Ada bau2 Carcass dalam komposisi lagu ini.
Suicide Detonator sebuah track tanpa belas kasihan dari tukang ketuk drums. haha.. Solo gitar yang cukup berani bermain dengan melodi2 indah.. haha best dan solo yang sedap!
Cums On Her Grave agak meleret namun sesuai untuk headbang mengikut alunan riffing gitar. Berat betol sound gitar, mungkin matching dengan sound bass yang gua ada prasan menggunakan distortion. Gabungan vocal growl dan scream yang memang kena dengan genre sebegini.
Hellrazor Unleashed gua rasa paling tegar, kasar dan kejam. Apa lagi yang nak cakap pasal track ni. Gua rasa serba serbi lengkap dari segi catchy nya, perubahan mood yang tidak dapat diduga, grind nya.. ehh apa lagi? 2 minit yang buat gua x puas!
Zombie Sex Slave masih punya mood seperti Hellrazor Unleased. Kental dan masih mampu mengajak crowd menari dengan henjutan riffing dan stroke drum nya. Gila betul genre sebegini siap ada selingan gitar main arpeggio.. hahaha.. Ini betul2 punya merentasi perkara tipikal bagi penulisan lagu2 Goregrind!
Chainsaw Cunt Fucked mungkin paling agak tebal bunyi goregrind nya.. mungkin dari pembawaan vocal oleh Man Maggot. Music nya pulak masih tanpa belas kasihan.
Bernoda Bangkai entah mengapa gua suka benar starting dengan drumnya dan masuk riffing gitar tu.. Mungkin gua teringat Carcass lagi kot.. haha.. Untuk track berbahasa Melayu ni memang jadi tumpuan gua sebab gua memang tau menggunakan bahasa yang lembut untuk genre berat memang sukar. Tapi Goreslut berjaya membawanya dengan bergaya. Ok, Man Maggots dapat kredit sebab sebutan yang langsung buat sapa2 yang x pegang cover sleeve tau ini lagu guna lirik Bahasa Melayu.
Bastards cukup kejam dari serangan riffing gitar, ketukan drum dan maki cela dari vocalist. Apa gua boleh kata track ini paling padat, ketat dan mampat!
Intro 3 saat track bertajuk Gorerotic Torture perlu diperlahankan atau diskip jika anda dengar dirumah berkeluarga atau berkereta bersama manusia berbeza jantina.. haha.. Ok, ini track juga sesuai untuk buat crowd berdansa untuk persembahan live.
0.69 – Chaotic Toxic Turbulence adalah track kedua terpanjang. Cecah 4 minit dan ada pelbagai dalam track ini.
Track terakhir ni paling gila dengan durasi sepanjang 7 minit 19 saat. Sesuatu yang diluar tabii genre goregrind! haha.. Coretan Sundal Ngeri adalah tajuknya. Dengan starting plucking gitarnya memang jarang untuk dengar sesuatu sebegini dalam ketipikalan genre sebegini. Ya Goresluts dah langgar banyak sempadan dan mereka berjaya dengan cemerlang!
Divisi Panji Merah gua boleh simpulkan sebagai antara produk tempatan terbaek untuk 2014. Album ini menang dari beberapa aspek antaranya sound produksi yang cukup mantap. Kredit boleh gua beri pada Tom Bollocks yang bertindak cemerlang sebagai sound engineer untuk rakaman ini. Mixing yang cukup cantek! Juga gua perasan kali ni Goresluts benar2 menitikberatkan aspek sound produksi dan tone2 yang keluar dari setiap instruments yang digunakan benar2 lazat dan berbisa! Juga permainan instrument oleh setiap line up yang benar2 bagus dan nampak peningkatan yang sangat ketara.
Dari segi penyampaian, gua album ini sudah kurang tahap Goregrind nya.. Mungkin sudah kearah Death Metal yang ada unsur2 Thrash (gua setuju dengan review dari Faithcraft Productions) dan penulisan lagu juga sudah mula nampak peningkatan dari segi teknikalnya. Mungkin sebab gua ada terhidu sikit2 sound ala Carcass. haha..Ok, seperkara lagi gua rasa album adalah satu kejayaan untuk Goresluts kerana mereka berani melanggar sempadan dalam rukun music Goregrind. Mereka tidak peduli semua itu. Malah gua boleh katakan Divisi Panji Merah lebih segar dari segi music, komposisi dan penyampaiannya.
Ok, dapatkan Divisi Panji Merah dengan harga RM20 by hand dan RM26 by pos. Mungkin anda boleh membeli melalui band atau berhubung terus dengan label Grundar Productions. Apa lagi gua boleh kata? Album ini sudah layak dan sepatutnya berada di tangan mat2 metal luar negara. Anda yang dalam Malaysia tunggu apa lagi????
Goresluts
Grundar Productions
Official Website
Email
Facebook
Twitter
band ni agak lucah… hahaha