Battlescard, Absolut, Osmantikos – Death Trap From Hell (2015)

0

Gua mendapatkan CD ini beserta discography CD mereka sebelum Osmantikos berangkat ke Japan untuk mini tour mereka di sana. Sebuah split CD yang menampilkan 3 band berlainan negara iaitu Battlescard (Japan), Absolut (Kanada) dan Osmantikos mewakili Malaysia. Death Trap From Hell merupakan tajuk split CD ini. Menampilkan genre yang berbeza dari Dbeat, Rock “N” Roll / Metal Punk sehingga kepada Turbo Crustcore ternyata ianya adalah satu produk yang mampu membingitkan dan meningkatkan adrenalin anda selaku pendengar.

Artwork/Layout oleh Yusth 2015
Battlescard
1 – Zeke
2 – Loudblast
3 – Noisy Bastards
4 – O.C.B.
5 – Suicide Nambu “Type 94”
Absolut
6 – Fucking Pain
7 – No Card
8 – Live Sketch
9 – Martyr Fuck Off
10 – I.C.U
Osmantikos
11 – A Stone Grave
12 – The Reckoning
13 – Demonish Domestic
14 – Against All Odd
15 – The Wolf, The Darkness and The Fear

Battlescard, band Japan ini boleh gua katakan sebuah band yang punya pengaruh besar Motorhead. Rancak dan laju. Unik benar suara vocalist band ini. Begitu garau dan sesuai dengan konsep yang dibawa.

Gua juga tidak mengandaikan Battlescard sebuah band berelement D-Beat secara total kerana music mereka ada beratnya kearah Heavy/Speed Metal, mungkin attitude band lebih kearah Punk. Rata2 lagu yang terkandung berdurasi 2 minit.

Absolut ternyata merupakan sebuah band yang gila kental. Muzik mereka agak sedikit raw namun menarik apabila pemain gitar mereka agak kreatif dalam menghasilkan solo2 walaupun rata2 lagu adalah keras dan laju. Vocalist menyanyikan dengan penuh jeritan dan pekikan sehabis boleh.

Osmantikos band kental turbo Crustcore dari Klang Valley ini tampil dengan 5 lagi lagu terbaru. Dinyatakan proses rakaman dilakukan di Greenhouse Studio manakala proses mix dan mastering dilakukan di Kerbauwork. Kesemua kerja2 teknikal ini dilakukan oleh Tom The Bollocks. Apa yang boleh disimpulkan music Osmantikos ternyata matang dan tidak was2 lagi untuk mereka membawa music ciptaan mereka ini keluar untuk tour Japan pada May 2015.

Secara keseluruhan split CD ini adalah menghiburkan. Ianya ternyatakan seakan penambah tenaga apabila anda mendengarnya. Susunan lagu2 bertenaga dari 3 buah band berasingan negara yang benar2 kick ass, juga perbezaan konsep music namun berada dalam bumbung yang sama diantara Crust, Hardcore, Punk dan Metal.

Death Trap From Hell (2015) boleh dibeli dengan harga RM12 by hand atau tambahkan RM6 (Semenanjung) atau RM10 (Sabah/Sarawak). Untuk pasaran tempatan sila hubungi Black Konflik Records atau Bullwhip Records. Kenali ketiga2 band melalui beberapa link yang kami sertakan.

Battlescard
Blogspot
Facebook

Absolut
Bandcamp

Osmantikos
Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected