Disobeyed – Extermination Enthroned (2015)

1

Disobeyed merupakan sebuah unit Black/Death Metal dari Tawau Sabah. Ditubuhkan sekitar 2010, Disobeyed telah melahirkan sebuah demo bertajuk Sentence of Death pada 2012. Terkini dibawah naungan Earblast Records, Disobeyed muncul dengan material terbaru bertajuk Extermination Enthroned (2015).

Mie Dhemurer Of Regurgitator (Vox), Amie Deztruxtor Of BlastDemolished (Drum),  Awik Xahguld Of 6 Strings Annihilator (1st Guitar), Hery Dehmvallor Of Drone 4 Chains Macabre (Bass), Mhan Gxarpazud Of 6 Strings maltreated (2nd Guitar – Live Sessionist)
Artwork oleh Ironworx Gravefix
Tracklist : 
1 –  Intro
2 – May Suffering Be Upon You
3 – Inhuman Warfare
4 – Spear Ov Hatred
5 – Extermination
6 – Sentence of Death
7 – Destruction
8 – Invisible Force (Destruction Cover)

Extermination Enthroned (2015) melalui proses rakaman, mix dan mastering di Skyline Studio, Tawau Sabah sekitar Ogos sehingga November 2014. Proses mix dan mastering dilakukan oleh Andriansyah dari Skyline Studio.

Sepermulaan lagi melalui Intro sudah menggambarkan apa yang bakal berdetum adalah sesuatu yang serius dari Disobeyed. My Suffering Be Upon You antara jawapan awal music terbaru Disobeyed. Cukup garang dari segala segi, termasuk riffing gitar, ngauman vocal dan hentakkan drum yang konsisten. Sentenced of Death dan Destruction yang melalui rakaman semula adalah antara track yang terkandung didalam demo Sentence of Death (2012). Ternyata kedua2 lagu ini benar2 kick ass! Track terakhir bertajuk Invisible Force yang merupakan track saduran dari Destruction juga telah dimainkan dengan baek skali.

Secara keseluruhan gua berpendapat Disobeyed merupakan antara bintang yang bakal menyinar dalam kancah music gelap Borneo. Mereka sudah berjaya menghasilkan trademark music mereka sendiri melalui konsep yang boleh didengari melalui kesemua lagu yang terkandung didalam album ini. Juga keseluruhan sound produksi yang dihasilkan dengan tone gitar yang tebal, drum yang berada dalam kondisi Thrash/Death/Black serta ngauman vocalist yang ternyata garang.

Extermination Enthroned (2015) didatangkan dalam format pro-printed CD dan 3 fold cover sleeve yang disertakan lirik dan info berkenaan rakaman didalam jewel case. Hubungi Earblast Records atau Disobeyed sendiri untuk urusan pembelian dengan harga RM35 yang telah termasuk kos penghantaran. Support mereka. Ini satu lagi antara produk terbaik dari Borneo!

Disobeyed – Extermination Enthroned (2015) *Preview

Disobeyed
Facebook
Reverbnation

Earblast Records
Email
Facebook

1 thought on “Disobeyed – Extermination Enthroned (2015)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected