Hellexist – Age Of Death (Japan Tour 2014)

0

2013 menyaksikan Hellexist melahirkan sebuah album penuh berjudul Age of Death. Sedikit review dibuat dan anda boleh (KLIK SINI) untuk baca. Selain itu mereka juga terlebih dahulu melakukan siri jelajah Indonesia dan pada 2014, Hellexist berkunjung ke Japan untuk menghancurkan pentas2 disana. Bersempena dengan itu, setelah setahun siri jelajah Japan dilakukan sebuah tape bertajuk Age of Death (Japan Tour 2014) telah dikeluarkan dimana ianya menyajikan rakaman lagu2 yang dibawa di live ketika itu.

Jimbo – Vocals (2007-present)
Wak Terror – Guitar (2007-present)
Zam Machine – Guitar (2009-present)
Dr. Ajen – Drum (2012-present)
Curbe – Bass (2013-present)
Tracklist :
1 – Bloodbath Continues
2 – Neraka Dunia
3 – To Live To Die
4 – Mankind
5 – Black Heart
6 – Human Creation
7 – World Disaster
8 – Age of Death

7 buah track adalah rakaman live di dua lokasi iaitu Morgana Livecentre, Tokyo pada 10/5/2014 dan Sogen, Suzuka pada 11/5/2015. Menariknya 7 track live adalah hanya menggunakan rakaman dari mobile phone Lumia 920. Age of Death yang merupakan track terakhir adalah sebuah rakaman studio di Noise Room Recording, Tokyo dan dirakam oleh Shige (GOUM, Ex-Crocodile Skink). Kesemua track melalui proses rakaman di Studio 46 Pasir Gudang Johor pada March 2015.


Boleh dikatakan track2 yang di pilih adalah dari pelbagai material yang dikeluarkan Hellexist. Bloodbath Continues, Neraka Dunia, To Live To Die, Black Heart, Human Creation, World Disaster dan Age of Death adalah track2 yang terkandung didalam album penuh mereka pada 2013.


Tidak banyak yang boleh diperkatakan melalui album live ini. Walaupun sound produksi agak amatur kerana hanya menggunakan rakaman dari mobile phone, namun sound yang terhasil sudah cukup untuk konsep band yang sebegini. Sekurang2nya ini adalah rakaman live dan raw. Hanya melalui proses mastering sebelum melalui proses pressing tape. Seperkara yang menarik adalah semangat yang ditunjukkan Hellexist yang sanggup melakukan tour Japan. Dan sebenarnya Hellexist bukanlah band pertama kita yang melakukan tour ke luar negara, beberapa nama lain turut merasai bermain dinegara luar seperti Second Combat, Daighila juga band dari genre Metal seperti Humiliation. Dan terbaru Osmantikos band crusty yang agak turbo bakal menjejak kaki di kota Samurai pada pertengahan May 2015.

Ok, gua tak pasti adakah tape ini masih boleh diperolehi. Sila hubungi link2 berkaitan Hellexist yang telah kami sediakan dibawah. Gua rasa 2015 atau 2016 Hellexist sudah boleh berkira2 untuk rakaman album kedua. Support mereka!!!!

Email
Facebook
Bandcamp
Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected