FUAD – Kopi [Single, 2023]

0

Duo adik-beradik dari Malaysia, FUAD baru-baru ini mengeluarkan single terkini berjudul ‘Kopi’. Ini merupakan terbitan stand alone selepas mengeluarkan album penuh ‘Disposition’ pada tahun lepas. ‘Kopi’ kedengaran berbeza daripada album ‘Disposition’ dari segi sound. Jika ‘Disposition’ cenderung ke arah Dream Pop, ‘Kopi’ sebaliknya adalah Balada Melayu yang bersifat keremajaan.

Ia satu curahan perasan yang bergelumang antara cinta dan ketidakpastian yang membuatkan individu teringin bercinta susah nak lelap di waktu malam yang dipenuhi tanda tanya ‘dia suka aku ke?’ atau ‘adakah ini cinta atau sekadar perhentian sementara?’.

Sejujurnya saya split in between menyukai dan menganggap ‘Kopi’ sebagai eksperimen oleh adik-beradik ini. Pertama sekali, saya menyukai feel youthful dalam single ini yang deal dengan insecurities dalam relationship selain execution muzik mereka yang hampir kepada stail soundtrack drama/filem cinta Melayu urban. ‘Kopi’ sebenarnya adalah trek yang simple; ia satu curahan perasan yang bergelumang antara cinta dan ketidakpastian yang membuatkan individu teringin bercinta susah nak lelap di waktu malam yang dipenuhi tanda tanya ‘dia suka aku ke?’ atau ‘adakah ini cinta atau sekadar perhentian sementara?’.

Dan tema ini mengiringi muzik FUAD yang simple bagaikan sebuah band yang bermain di prom night (Malaysia selalu takde, jadi boleh ganti dengan Malam Apresiasi Pelajar yang lebih patuh syariah lol) melalui permainan gitar dan dram yang simple, solo yang sedikit Rock di pertengahan lagu dan diperkuat dengan elemen strings yang beri feel antara harapan, sendu dan terasa nak move on daripada situationship (terma Gen Z ni). 

We’ll never know where this song will end up, mungkin saja diremix, dilajukan dan menjadi anthem anak-anak muda Tiktok untuk jadikan video mereka muncul di FYP.

Vokal FUAD kedengaran youthful dan straightforward tanpa perlu berlebihan mengingatkan saya kepada era awal Najwa Latif (ni saya je lah fikir). ‘Kopi’ macam saya cakap daripada awal, adalah eksperimen daripada FUAD, yang mungkin boleh appeal kepada kelompok mainstream. We’ll never know where this song will end up, mungkin saja diremix, dilajukan dan menjadi anthem anak-anak muda Tiktok untuk jadikan video mereka muncul di FYP. Or maybe, jadi lagu tema drama, perhaps, possibly? 

Personally, I think it’s an alright single dengan stail yang berbeza daripada ‘Disposition’. Atau mungkin saja jadi guilty pleasure untuk saya dengar ketika suasana sejuk-sejuk, hujan-hujan (sebab stail Dream Pop), sebab siapa je tak suka lagu balada! Nevertheless, saya syorkan anda untuk check them out.

Kopi kini terdapat dalam format strim digital.

FFO: Slowdive, Alvvays, Simon & Garfunkel

Temui FUAD di sini:

Instagram: https://www.instagram.com/fuad.duo/

Twitter: https://twitter.com/FuadDuo

YouTube: https://www.youtube.com/@FUADduo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *