Margyyah – The Truth (2016)

0
Margyyah merupakan unit Death Metal dari Singapura yang wujud semenjak 1998 lagi dan kini telah menerbitkan album sulung mereka yang berjudul The Truth. Album yang direkod semenjak 2013 ini menampilkan 9 trek yang rata-ratanya berkisar pada tema penipuan dalam sejarah dan kebenaran yang telah disembunyikan.



1. Prelude
2. Cruxi Fiction
3. War Be Upon You
4. Agnostic Deceit
5. Hecatomb Ye All
6. Arid Bloodbath
7. Alakazib (Lies)
8. Sands of Mur’rah
9. The Truth


Saya tidak familiar dengan Margyyah, jadi expectation saya ‘oh agaknya macam Impiety kot, bestial black metal agaknya’. Saya tersilap. Margyyah pada saya berkiblat kepada black/death metal ala Behemoth, dengan dicuit perisa Nile, Morbid Angel, Hate Eternal antaranya. Kaki death metal 90s pasti boleh into Margyyah!

Saya menyukai beberapa trek dari dalam album ini. Terutamanya vokal Al-Jinnie mengingatkan saya kepada Erik Rutan; deep, berdesing dan throaty. Ada kalanya macam Glenn Benton. Permainan gitar dalam album ini (terutamanya solo gitar) mengembalikan kenangan  Death Metal di era 90an. Firasat saya mengatakan album ini mungkin telah ditulis semenjak akhir 90an dan akhirnya dilahirkan setelah hampir 20 tahun disimpan. Tidak terlalu teknikal, tapi masih menggila dan crushing. Bercakap tentang dram pula, saya menggemari hasil kerja Hellbasher dalam Karamah. Dan permainan beliau boleh dikenali di dalam Margyyah. Saya cuma sedikit tidak puas hati kerana terasa permainan beliau tidak berapa tight kali ini. Walaupun masih menurut tempo, saya terasa flair dan stroke beliau hampir sama untuk setiap trek. Entahlah, mungkin mix dram tidak cukup punchy menyebabkan beliau tidak berapa menyinar. Namun masih boleh dilayan. 

Trek yang berjumlah 9 rata-ratanya padat dengan letusan marah Death Metal dan takde rasa nak berhenti kejap. Namun saya hilang fokus di pertengahan album. Apa yang kurang dalam The Truth adalah variasi. Saya faham Death Metal memang intense dan laju, tapi saya mengharapkan variasi untuk memecahkan monotony. Tapi mungkin saya salah, kerana saya pendengar Death Metal kasual, tu jadi keras lepas dengar straight 4 lagu berapi marah haha.

Secara keseluruhannya, album ini terasa seperti throwback kepada Death Metal era 90an dan memberi penghormatan kepada band seperti Deicide dan Morbid Angel. Ini adalah keluaran sulung Margyyah, jadi saya berpendapat masih banyak ruang untuk diperbaiki, walaupun mereka sebenarnya dah lama wujud.

Trek dicadangkan: Hecatomb Ye All, Sands of Mur’rah, The Truth

Untuk peminat: Deicide, Morbid Angel, Behemoth, Hate Eternal, Nile

 

Al Jinnie – Vokal/Bass
Yus – Gitar
Hellbasher – Dram


Hubungi Margyyah di sini.





Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *