Stench Price – Self Titled (2016)
Stench Price ialah projek mega Grindcore sebenarnya. Menampilkan beberapa grindstar dari band2 seperti Necrophagist, Hail of Bullets, Brutal Truth, Paganizer, Echelon dan banyak lagi. Juga penampilan pemuzik2 yang punya lama dalam persada music keras dunia. namun mastermind untuk projek mega Grindcore ini ialah Peter Shallmin dari band Kamlath. Stench Price bernaung dibawah label Transcending Obscurity Records dan album ini akan berada dipasaran bermula pada 30 November 2016.
Line up terlibat :
Siberia – Peter Shallmin – Bass (Escapethecult, Kamlath)
Siberia – Max Konstantinov – Guitars (Kamlath, Nebesniesnami)
France – Romain Goulon – Drums (Necrophagist, Disavowed, etc.)
USA – Danny Lilker (Brutal Truth, Nuclear Assault, SOD, etc.)
Sweden – Rogga Johansson (Paganizer, Demiurg, etc.)
USA – Max Phelps (Cynic, Death DTA Tours, Exist)
UK – Dave Ingram (Hail of Bullets, Benediction, Bolt Thrower, etc.)
Australia – Karina Utomo (High Tension)
USA – Shawn Knight (Child Bite)
Art direction oleh Xul1349 dan Peter Shallmin
Kesemua track dihasilkan oleh Peter Shallmin, Max Konstantinov dan Romain Goulon. Sebagai mastermind beberapa penambahan dalam susunan lagu dilakukan oleh Peter Shallmin. Album ini melalui proses rakaman di studio lagenda iaitu The Morrisound Recordings Studio, Tampa, Florida. Proses mix dan mastering dilakukan oleh Tom Morris. Kesemua vocalist terlibat menghasilkan lirik untuk setiap track yang dinyanyikan.
Pengenalan track pertama berjudul Living Fumes menampilkan Danny Lilker dari Brutal Truth sebagai vocalist undangan. Persepsi pertama mendengar music dari grindstar ini, ianya satu yang pelik. Tahap eksperimentasi yang melampau namun permainan instrument tetap berteknikal tinggi. Bayangkan dalam hentaman grind menggila tiba2 diselitkan muzik bossanova bagai. Ekspresi pertama apabila tamat track ini gua terbayang seorang budak tetapi punya sifat dan fizikal yang jahat dan nakal melampau!
Furnaces Burn yang menampilkan Rogga Johansson dari Paganizer diposisi vocal. Odd signature dari Romain Goulon lari terus dari riffing gitar namun masih dalam persamaan tempo. Gila gua meneliti permainan hi-hat beliau. Marah plak gua bila tiba2 ada part seakan mendengar lagu George Michael.
Pressure terlebih dahulu telah diberi preview awal melalui video klip rasmi yang diupload seawal September. Menampilkan Karina Utomo dari High Tension diposisi vocal. Kepada yang telah mendengar track ini di youtube pasti pening memikirkan apa yang dilakukan Stench Price. Kalau track terdahulu bunyi Pop dari George michael kali ini selit pulak lagu koboi.
Max Phelps yang bersama Cynic sekitar 2011 sehingga 2015 muncul untuk track bertajuk 4.27.15. Ini gua rasa track pertama yang tiada selingan music bossa/lounge sepanjang lagu dimainkan. Ini juga satu track yang agak kompleks komposisinya. Apa yang gua perasan, walaupun adakala riffing gitar agak biasa tetapi part drum akan membuatkannya kedengaran teknikal dan kompleks.
The Genocide Machine menampilkan Dave Ingram of Hail of Bullet, Echelon. Sebuah track yang paling serius dan masih berteknikal tinggi terutama jika mendengar part drum nya. mau x teknikal lihat sahaja drummernya. Romain Goulon dari Necrophagist!
Track terakhir dan berdurasi paling panjang iaitu 5minit bertajuk The Vitality Slip menampilkan Shawn Knight dari band Child Bite. Komposisi gila dan permainan instrument yang berteknikal. Panjang pulak music bossa/lounge yang diselit dari 3 suku pertama lagu.
Secara kesimpulan Stench Price boleh dikatakan sebuah band Grindcore yang cuba lari dari grindcore biasa yang selalu didengar. Adakala ianya kedengaran agak lawak apabila sedang sedap grind tiba2 berubah menjadi bossa dan lounge music. Namun tidak boleh dinafikan walaupun track2 terkandung punya durasi 2 minit, tahap teknikal yang dimainkan setiap line up bukan perkara biasa2. Gua tak dapat imagin lagi bagaimana Stench Price beraksi dipentas. Ehh Obscene Extreme Fest lagi banyak band pelik2 kot???
Ok, jika anda sudah biasa dengan Napalm Death atau band2 yang grind serius rasanya Stench Price bukanlah pilihan anda. Mungkin penggemar Sore Throat dan Old Lady Drivers boleh jadi pembayang apa itu Stench Price tapi jangan lupa pengaruh bossa/lounge music!
Hubungi Transcending Obscurity Records untuk copy anda. Sekali lagi diulangi album self-titled ini akan mula dipasarkan pada 30 November 2016. Kenali Stench Price melalui laman facebook daan bandcamp mereka melalui link2 disediakan dibawah.
Transcending Obscurity Records
Official Website
Facebook
Twitter
perghh terbaik la band ni! menarik gile! hidup grindcore!!! thx 4 sharing bro!