WalasaufayardoW – In Reverence [Single, 2022]
Dari satu sudut gelap di Kedah, unit Black Metal menggelar diri mereka WalasaufayardoW (macam mana nak sebut ni, tolong!) bangkit dengan ritual pertama dalam bentuk single berjudul In Reverence. Band ini agak misteri jugak memandangkan info di dalam talian amatlah kurang, malahan press kit yang diterima juga tidak banyak menceritakan latarbelakang dan idea WalasaufayardoW.
In Reverence adalah berkiblatkan Hellenic Black Metal ala Rotting Christ, Varathron dan Septic Flesh selain menerima pengaruh daripada Batushka dan Spectral Wound. Permainan gitar yang sombre dan evil diperhebatkan dengan execution vocal berkembar high dan low memberikan feel yang lebih padat. Di kala teriakan tinggi merabak pendengaran, vokal rendah menderam kasar memberi depth kepada trek In Reverence. Satu lagi, solo gitar dalam trek ini mengingatkan kepada stail band Black Metal local yang saya tak ingat namanya. It’s pretty okay. Dari segi idea, In Reverence tidak banyak lari jauh daripada pengaruh-pengaruh disebut tadi. Lagi pun macam tak adil nak cakap banyak berpandukan 1 trek sahaja. Kualiti rakaman pula terasa muffled, dengan overall sound tidak berapa crisp menjadikan certain parts yang menarik tak dapat menyinar. Kena dengar banyak kali baru perasan, aduh.
Sejujurnya, saya perlu mendengar lagi material lain WalasaufayardoW (kalau ada dalam pembikinan) untuk benar-benar mengulas terbitan mereka. Tapi cukuplah sekadar pengenalan kepada pendengar untuk tahu ada band Black Metal yang mungkin boleh menarik minat mereka. Akan ditunggu!
In Reverence kini terdapat dalam format streaming dan muat turun digital.
FFO: Rotting Christ, Varathron, Septicflesh, Batushka, Spectral Wound