Zibethinus – Zibethinus [EP, 2022]

0

Zibethinus merupakan projek solo One Barchiel (ex-As Sahar, Karamah, Phenomistik) yang dilahirkan semasa era pandemik COVID-19. Idea yang muncul selepas mendapat inspirasi daripada hutan Asia Tenggara yang kaya dengan hasil tumbuhan, Zibethinus dipanggil sebagai Black Metal Hutan oleh One Barchiel. EP Zibethinus dikeluarkan pada Ogos 2022 melalui Shah Honda Music.

Zibethinus adalah extension daripada creative outlet One Barchiel. Jadi bunyi signature beliau memang tak lari lah dalam mana-mana terbitan pun. Tone gitar yang buzzing ala Black Metal 90an dijalinkan bersama vokalis yang memekik kering menjadi asas kepada EP Zibethinus ini. Saya tak pasti sama ada kekangan modal atau disebabkan era pandemik, Zibethinus tidak menggunakan drummer sebenar, sebaliknya memanfaatkan dram yang diprogram. Ini membuatkan saya sedikit turn off, otherwise EP ini adalah okay dengan songcrafting yang menarik. One Barchiel terkenal dengan kemampuan menulis melodi-melodi indah di sebalik execution yang chaotic dan ini didemonstrasikan dalam trek pertama dan ketiga (didedikasikan kepada suku Temiar di Malaysia). Trek ketiga menyelitkan lenggok muzik tradisional/rakyat yang cukup menarik, sekalipun sekadar seminit lebih tapi ini adalah personal favourite saya. Trek terakhir merupakan rakaman semula Fandeyian Okultika Hymnology dengan lirik baru. Versi instrumental lagu ini sebenarnya lebih menarik dengan lead gitar (menggantikan vokal) memainkan melodi yang mengimbauRock/Heavy Metal Melayu 80an.

Satu complaint sahaja. Produksi EP ini terasa rushed, terutamanya trek pertama yang bagaikan bagai tak siap dan bertahap pre-producgtion. Dram diprogram seperti tangkap muat dan uninspired. Trek lain sebaliknya terasa better produced berbanding ini walaupun terasa bare, menjadikan Zibethinus jatuh kepada kategori demo. Jika ada rezeki, saya ingin dengar material Zibethinus akan datang yang diterbit dengan lebih baik!

Zibethinus kini terdapat dalam format CD dan kaset.

FFO: Satyricon, Burzum, old As Sahar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *