Ramihrdus – The Sorrow of Evergreens [Full Length, 2021]
Atmospheric Black Metal sebagaimana sub-genre Black Metal yang lain mempunyai sound yang diverse dan tidak terikat dengan satu-satu formula serta gaya. Ada Atmospheric Metal yang bombastic dan glorious, ada yang berbunyi sebu dan hazy dan ada yang memilih untuk berbunyi necro dan quality atmospheric akan tersembunyi di antara kebisingan ditampilkan. Album terkini band Atmospheric Black Metal dari AS, Ramihrdus iaitu The Sorrow of Evergreen membawakan stail yang melankolik yang sebu dan muffled namun tidak mengabaikan feel atmopshericnya. Album ini dikeluarkan melalui Northern Silence Productions.
Ramihrdus menampilkan sound gitar yang buzzing sebagai wall of sound, disulam permainan keyboard untuk feel atmospheric dan melankoli memandu setiap trek. Dilengkapkan dengan vokal parau yang meluah rasa perit dan tertekan, saya rasa ada masanya Ramihrdus seakan menjejak ke territory DSBM, apatah lagi dengan tone gitar yang buzzing. Tak kira la DSBM ke Atmospheric Black Metal, yang penting album ini screams melancholy dan sadness yang tak bertepi. Permainan keyboard/piano yang muncul sekali-sekala menguatkan lagi feel sayu The Sorrow of Evergreens.
Kebanyakan trek memakan durasi yang agak panjang namun necessary untuk build up mood dan meruntun perasaan. Ia tidaklah majestic dan over the top, namun cukup menceritakan perasaan yang barai serta hazy dalam menterjemah emosi yang tak keruan. Ini saya tekalah. The Sorrow of Evergreens mungkin terasa panjang untuk sesetengah pendengar, tapi untuk saya ia berbaloi jika anda mahukan album yang memandu perasaan anda tenggelam dalam kesayuan perlahan-lahan.
The Sorrow of Evergreens kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.
FFO: Summoning, Rivendell, Lustre