Mothflesh – Machine Eater [Full Length, 2021]

0

Saya dah banyak kali melihat kelibat Mothflesh, band Kuala Lumpur ini di media sosial namun tak pernah berkesempatan untuk check them out. Kebetulan pula di hujung tahun 2021 ni saya dah kurang sibuk, tiba-tiba saja pemain bass mereka Eze (yang juga bermain untuk Berdosa) menghubungi saya di Instagram jadi teruslah saya dengarkan Machine Eater, album penuh kedua unit Modern Death/Groove Metal ini.

Right off the bat, Machine Eater memanfaatkan feel groove dan brutality dalam satu pakej yang garang. Terus terangguk-angguk kepala dan terhentak-hentak kaki dibuatnya dengan riffs yang garing dan agresif. Permainan gitar yang percussive, diperkuatkan lagi dengan hentaman dram yang hammering serta vokal harsh (ada certain parts mempunyai clean vocals yang sedap) bertubi menghentam pendengaran, semua ini bagaikan a fine blend of Meshuggah, Lamb of God dan Jinjer yang executed nicely. Saya menyukai execution gitar yang rajin menyelit weird noises (ke pinch harmonics? Entah!), bass yang obses melantun-lantun yang kadang kala berbunga-bunga menjauhi riff utama tapi masih circling within the same feel. 

Kalau saya diberi dengar album ini tanpa diberitau dari mana mereka berasal, pastinya saya terus sangka mereka berasal dari AS. I mean, who would have thought a Malaysian Groove Metal band could be this good? Saya bukanlah menidakkan keupayaan anak tempatan, but this actually changed my expectation terhadap band-band tempatan. Kualiti rakaman yang cemerlang, idea dan songwriting yang masyuk (tidaklah original but it really stand out) dan attitude yang gut punching; they have it all. Saya berharap Mothflesh tidak setakat berada di Malaysia saja, tapi akan pergi meneroka pasaran luar. I have faith in them. Don’t sleep on this!

Machine Eater kini terdapat dalam format muat turun digital dan (akan datang) CD.

FFO: Meshuggah, Lamb of God, Jinjer, Machine Head, Soulfly

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *