Obscurial – Funeral, Burial and Rites [Full Length, 2021]

1

Unit Death Metal muda Kuala Lumpur, Obscurial kini kembali dengan album pertama berjudul Funeral, Burial and Rites yang menjanjikan pengalaman audio yang perit dan tahap pecah muka. Berbeza dengan EP Exaltation, Obscurial jelas semakin terjerumus kepada sound USDM era 90an yang jahat lagi keji melalui 10 trek (11 trek jika anda beli CD) yang intense.

Album yang direkod sewaktu Malaysia sedang rancak menghadap PKP ini menunjukkan attitude dan execution mereka yang semakin matang, namun sedikit terencat dengan dram yang jelas berbunyi digital. Masa PKP studio mana nak bukak, brader? Jadi mereka improvise dengan membuat hampir keseluruhan rakaman di rumah. Namun kira tutup sebelah matalah kerana album ini garang tak ingat dengan berkiblatkan veteran seperti Morbid Angel, Absu dan Deicide melalui riffs yang tebal-tebal belaka. Gitaris utamanya nampak gaya obses sekali dengan divebomb ke hulu-hilir memberikan feel klasik USDM selain permainan yang ada gaya Trey Azagtoth in some parts. Power jugak band Malaysia main macam ni sekalipun bergelut dengan limitations. Dram yang berbunyi mesin tetap rancak memberikan pukulan padu dan deruman pedal berkembar. Vokalis pula masih kental memekik namun saya sebenarnya berharap ada lebih variety seperti low and mid grunt untuk lebih texture kepada lagu-lagu mereka. Namun overall feel masih menggalakkan pendengar untuk hayun kepala hingga putus leher dan tercabut tulang belakang.

Apa pun, saya mendapati dynamic album ini menurun sedikit di pertengahan album dengan lagu-lagu yang mula mempunyai feel serupa, namun kembali pick up di penghujung album. It’s just the matter of arranging the tracks sebenarnya. Untuk sebuah terbitan tempatan, this shit slaps hard, kalau tak kira sound dram yang digital. Dan mereka benar-benar nampak excited untuk menghasilkan karya yang bagus daripada sebelum ini. Don’t sleep on this. 

Funeral, Burial and Rites kini terdapat dalam format CD, muat turun digital dan (akan datang) kaset.

FFO: Morbid Angel, early Absu, Deicide, Incantation

1 thought on “Obscurial – Funeral, Burial and Rites [Full Length, 2021]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected