Hatemonger – The Vile Maxim [EP, 2021]

0

Unit Old School Death Metal dari AS bernama Hatemonger ini menawarkan EP yang cukup impressive sekali. ‘The Vile Maxim’ yang diterbitkan melalui Redefining Darkness Records terasa seperti rempuhan bulldozer yang melenyek berkali-kali sampai lumat.

Bila sebut Old School Death Metal, ternyata tone gitar Hatemonger sangat berkibatkan gaya Bloodbath, Entombed, Dismember yang berbunyi tajam seakan chainsaw. Namun berbeza dengan gaya OSDM Swedish, Hatemonger memantapkan lagi execution mereka dengan tempo yang lebih laju meribut seperti dibawakan Earth Rot dan Burial Remains. Sedap betul riff-riff tajam dimainkan dengan drumming yang bertalu-talu di belakang. The Vile Maxim diperhebatkan lagi dengan vokal yang deep dan bellowing macam Kaiju yang terluka. Semestinya cherry on the top adalah solo gitar yang naik sawan membelasah di setiap trek.

Yang membezakan Hatemonger dengan OSDM peers mereka adalah tendency mereka untuk dial-up the brutality to 11 tanpa mengorbankan the very sound of OSDM. Ini sebenarnya menjadikan mereka stand out berbanding band-band OSDM yang kebanyakannya prefer untuk kitar semula sound veteran-veteran OSDM ikutan mereka. Keupayaan mereka untuk craft riffs yang memeorable juga merupakan advantage besar untuk EP ini menarik perhatian pendengar tegar OSDM.  Don’t sleep on this, because they might be your new favourite band! 

The Vile Maxim kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: Earth Rot, Burial Remains, Entombed, Bloodbath, Dismember

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *