Depravity – Evil Upheaval (2018)

0

Depravity adalah nama baru dalam kancah Death Metal Australia. Ditubuhkan sekitar 2016 dan menghasilkan Reign of the Depraved (EP2016) pada tahun yang sama. Menggegarkan pentas2 sekitar Australia dan turut beraksi di pesta music berat Indonesia iaitu Hammersonic 2017 bersama band2 berat ternama dunia. Tidak menunggu lama band yang dibarisi oleh Louis Rando yang agak aktif bersama Impiety dan The Furor beserta rakan2 tidak menunggu lama untuk menghasilkan album sulung bertajuk Evil Upheaval (2018). Seperti The Furor, album ini turut berada dibawah Transcending Obscurity Records dan tarikh rasmi release adalah 30 April 2018.

Louis Rando (Drums), Jamie Kay (Vocals), Lynton Cessford (Guitar), Ainsley Watkins (Bass), Jarrod Curly (Guitar) 
Artwork oleh Alex Tartsus
Tracklist :
1 – Manic Onslaught
2 – Insanity Reality
3 – Repugnant
4 – Despondency
5 – The Great Divide
6 – Victimizer
7 – Tormented
8 – Evil Upheaval
9 – Vile Defloration

Rakaman dan hasil akhir Depravity – Evil Upheaval (2018) adalah mendapat sentuhan Slawek dan Wojtek Wieslawski untuk proses mix dan mastering yang bertempat di Hertz Studios Poland.

Ekspresi pertama mendengar album ini, jelas penangan Extreme Death Metal dibawa tanpa sebarang cacat cela. Death Metal yang laju, kejam dan brutal yang berada ditahap maksima. 40 minit dengan 9 track yang tersedia jelas menyeksa gegendang telinga. Corak permainan yang menggila, mengejar kelajuan dari setiap line up membuatkan album ini kedengaran sangat kental tanpa meninggalkan ruang kosong. Pada gua, Louis Rando tidak terlalu ghairah seperti apa yang dilakukan bersama Impiety yang sudah pasti Mighty Kelajuan tahap maksima. hahaha.. Namun untuk Depravity, beliau berjaya memberi impak Death Metal yang bagus. Untuk permainan gitar, gua berasa tergugat dengan dua track iaitu Tormented dan Evil Upheaval yang agak teknikal. Pembawaan vocal Jamie Kay melengkapkan rumusan music Death Metal versi Depravity.

Fans Immolation, Morbid Angel, The Furor, Hour of Penance, Suffocation, Ingurgitating Oblivion, Drawn and Quartered, Incantation harus mengenali Depravity.

Dari segi sound produksi, tidak perlu untuk dipertikaikan kerana proses mix dan mastering dilakukan oleh tenaga kerja berpengalaman yang pernah terlibat dalam proses engineering rakaman band2 besar seperti Behemoth, Bessat, Hermh, Hate, Decapitated, Nervecell dan banyak lagi.

Evil Upheaval (2018) secara rasminya akan release pada 30 April 2018. Album ini akan dikeluarkan dalam beberapa format seperti Limited Edition Autographed Gold-embossed Box Set CD, Depravity + De Profundis (UK) Death Metal Combo CD, Jewel case CD dan turut boleh diperolehi dalam format digital album. Hubungi Transcending Obscurity Records atau ke laman bandcamp Depravity untuk sebarang update berkenaan album ini.

Depravity
Email
Facebook
Bandcamp

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected