Lie in Ruins – Floating in Timeless Streams [Full Length, 2020]

0

Lie In Ruins, sebuah band Death Metal dari Finland telah mengeluarkan album terkini mereka ‘Floating in Timeless Streams’ melalui Dark Descent Records. Death Metal Finland selalunya (pada saya) menjanjikan listening experience yang berlainan daripada saudara-saudara seangkatan dari rantau lain yang primitif dan bergaung bunyinya.

Floating in Timeless Streams mengingatkan saya Death Metal bergaya Incantation. Thick, Doom-ish dan garang tahap pecah muka tetapi bermelodik jadi takde lah terasa pecah kepala mendengar tune mereka yang rendah. Saya kira peminat Death Metal akan bersorak gembira mendengar hasil kerja Lie In Ruins ini yang turut menampilkan vokal bergema seakan terperangkap dalam gua atau dalam istilah yang popular di kalangan jurnalis extreme metal, ‘cavernous’. Ia bukan saja memberi feel yang lebih berat daripada standard, malah memberi feel yang lebih terrifying. Tetapi berbanding dengan peers mereka, Lie In Ruin mempunyai kualiti rakaman yang lebih kemas dan terjaga, cuma feel caveman riffs tu masih berada di mana-mana.

Saya mempunyai cuma satu masalah dengan Floating in Timeless Streams. Menjelang pertengahan album, saya menjadi penat untuk mendengar riff-riff berat mereka. Durasi 42 minit terasa terlalu panjang untuk terus fokus sekalipun terdapat beberapa trek yang brilliantly written. Saya fikir trek yang sekadar interlude dengan instrumental tidak patut disertakan. Kalau tujuan mereka untuk build the intensity, saya rasa setiap lagu mereka dah cukup intense dah. We already get it from the first song. Namun anda mungkin mempunyai pendapat yang berbeza tentang Floating in Timeless Streams. Cuba dengar dan nilaikan. Bersedialah untuk berdengung telinga!

Floating in Timeless Streams kini terdapat dalam format CD, piring hitam, dan muat turun digital.

FFO: Incantation, Immolation, Dead Congregation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected