Gelkhammar – The Sword of Gelfiser [Full Length, 2020]

0

Gelkhammar adalah sebuah band Black Metal dari Pantelleria, Itali. ‘The Sword of Gelfiser’ merupakan album penuh pertama mereka dan diterbitkan melalui Xenoglossy Productions dan Cossyra Tapes pada awal November 2020.

‘The Sword of Gelfiser’ menyentuh tentang sejarah dan mitos Gelfiser, salah satu tapak arkeologi yang terdapat di Pentelleria yang diterjemahkan dalam bentuk muzik Black Metal yang raw dan berdesing. Saya sebenarnya sangat mudah turn off dengan stail sebegini memandangkan banyak band menyalahgunakan istilah raw untuk menutup kelemahan mereka tidak mampu bermain muzik. ‘The Sword of Gelfiser’ pula tidak mempersembahahkan teknik muzik yang mindblowing, sebaliknya bermain dengan minimalism dan riff yang berulang-ulang seakan hipnotik. Sebagai rujukan, anda boleh bayangkan seperti pengalaman mendengar album Darkthrone – Transylvanian Hunger; base yang ringkas, riff berulang-ulang dengan feel necro. 

Saya fikir Gelkhammar lebih kepada Black Metal yang minimalist dan lo-fi. Rakaman terasa seperti dibuat secara live. Teknik drumming adalah sangat basic, dan tidak bervariasi, sekadar memandu tempo dan stroke yang seakan punk. Vokal pula terkemut di belakang dan bergema (tipikal untuk raw Black Metal) dengan bass yang almost non-existent. Saya mendapati riff-riff Gelkhammar have potentials untuk digilap namun largely untapped dan banyak inspired dengan gaya Darkthrone dan Ulver. Drumming pula perlu lebih bervariasi dan mungkin lebih bertenaga memandangkan apa yang dihidangkan sekarang biasa-biasa sahaja. Jika feedback ini diambil kira untuk keluaran akan datang, Gelkhammar berpotensi menjadi band raw Black Metal yang terrifying dan impressive dari segi kemahiran!

The Sword of Gelfiser kini terdapat dalam format kaset dan muat turun digital.

FFO: Darkthrone, Ulver, Lamp of Murmuur, Katharsis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected