Lurk – Fringe (2018)
Ini merupakan percubaan pertama mendengar material dari Lurk, sebuah band dari Tampere, Finland yang membawa konsep Atmospheric Sludge/Doom Metal. Fringe adalah album ke 3 setelah self-title pertama lahir pada 2012, diikuti Kaldera menyusuli pada 2014. Fringe sebenarnya telah dikeluarkan pada 2016 tetapi secara rasminya format fizikal akan boleh diperolehi pada 5 August 2018 dimana Transcending Obscurity Records akan memasarkan dalam pelbagai format.
Dinyatakan bahawa Fringe (2018) adalah live recording yang dilakukan sekitar 2014 di Studiogenes dan beberapa tempat. Proses mastering dilakukan di Astia-studio A, Lappeenranta, Finland.
Gua mengambil masa yang agak lama untuk menghadam album ini. Dengan durasi track dengan purata 5 minit keatas kecuali dua buah track “Furrow” dan “Nether” yang berdurasi 3 ke 4 minit, mendengar sebuah album berkonsep Doom Metal dengan penuh ketelitian sememangnya satu cabaran dan memerlukan daya kesabaran yang tinggi. 43 minit dan 56 saat untuk total durasi keseluruhan Fringe adalah satu tekanan untuk sesi mendera gegendang telinga kerana ianya disajikan dengan irama yang lembap, mendap dan boleh mengundang depresi. Hahaha..
Secara keseluruhan, gua boleh katakan Fringe (2018) adalah sebuah album yang punya jiwa kepada konsep yang mereka bawakan namun paling menarik, rasanya trademark Doom Metal acuan Lurk dapat didengar untuk setiap track terkandung. Ianya boleh dikatakan satu campuran yang menjadi apabila Doom, Black dan Death Metal digabungkan dan adakalanya ada berbau sedikit Sludge Metal. Disamping music yang mendatar bersama low-end riff yang dihasilkan, kemampuan vocalist Kimmo Koskinen dalam membawa kepelbagaian gaya vocal menambah baek apa yang dilakukan didalam album ini. Perlu juga dinyatakan penggunaan alto saxophone turut diselitkan didalam track bertajuk Ostrakismos dimana ianya dimainkan oleh pemuzik undangan iaitu Aino Heikkonen. Juga seorang vocalist undangan iaitu Aleksi Laakso dijemput untuk track ke 4 bertajuk Elan.
Dari segi sound produksi, ianya sebuah rakaman yang agak solid dan clean. Jika benar ini adalah rakaman secara live (kecuali track vocal) seperti yang dinyatakan, satu pujian harus diberikan kerana konsistensi sepanjang rakaman dari segi tempo dan mood yang dapat dikekalkan.
Fringe (2018) akan dikeluarkan dalam pelbagai format fizikal oleh Transcending Obscurity Records namun dalam kuantiti yang agak limited. Antara nya LP Boxset (25 unit), CD Boxset (100 unit), Gold LP (100 unit), dan 8 panel digipak CD (300 unit). Merch bersempena album ini turut dijual dalam kuantiti terhad iaitu 50 unit sahaja. Sila berhubung dengan label Transcending Obscurity Records untuk sebarang urusan pembelian melalui laman sesawang yang kami sertakan dibawah ini.
Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp