Ayr – The Dark [Full Length, 2020]
Sejak-sejak saya discover banyak band USBM yang menarik, pandangan saya terhadap scene Black Metal Amerika Utara sudah banyak berubah. Sebenarnya, scene mereka ni boleh tahan juga kualiti input mereka, melainkan anda masih tegar dengan geng Scandinavian, then you probably want to skip this.
Ayr merupakan sebuah band dari North Carolina yang turut dianggotai Rick Contes, frontman kepada Worsen (boleh baca review Worsen kami yang sebelum ni!). Berlainan dengan Worsen yang jelas memuja Second Wave Black Metal, Ayr cenderung kepada Black Metal jenisan atmospheric seperti Wolves in the Trone Room dan Agalloch serta sentuhan DSBM ala Xasthur.
Riffing gitar kejam bersulam ambient passages yang ada feel melancholic mengimbau gaya ambient Burzum era penjara selain membangkitkan seolah-olah berada dalam hutan yang sejuk-sejuk basah. Kualiti rakaman Ayr yang sedikit murky sebenarnya menampakkan Ayr berkiblatkan Black Metal bergaya depressive acuan Eropah yang disesuaikan dengan perisa Amerika. Satu perkara yang saya teliti dalam keluaran ini, setiap trek penuh akan disusuli dengan trek ambient instrumental dan ia berlaku selang-seli. Kira telinga boleh rileks kejaplah lepas berdesing teruk. Nice.
Ayr adalah terbitan Black Metal yang saya cukup teruja dengar. Songwriting yang jahat dan kelam serta membangkitkan rasa sepi memberi perbezaan yang ketara daripada terbitan Black Metal yang saya terima sebulan dua ini.
Ayr kini terdapat di pasaran dalam format CD, piring hitam dan kaset.
FFO: Wolves in the Throne Room, Burzum, Xasthur, Leviathan.