Nosferiel – Blood Raven Dominia (2018)
Blood Raven Dominia (2018) adalah antara produk yang ditunggu-tunggu sekalian peminat irama besi hitam tanahair. Difahamkan debut album dari Nosferiel ini mengalami masalah teknikal yang menyebabkan ianya delay agak lama untuk dikeluarkan. Ia nya sebenarnya sedikit menggusarkan antaranya gua sendiri yang sekian lama tidak dihidangkan dengan material berstatus rasmi dari mereka sejak 2012 dahulu apabila mereka mengeluarkan beberapa unreleased track didalam sebuah kompilasi CD yang diberi judul Infernal Spell Demo Compilation with Unreleased Track. Pada 2016, Nosferiel muncul dengan sebuah track berjudul Myrmidonian Angel War didalam sebuah kompilasi bertajuk Gradeur of the East (2016) yang membariskan band2 seperti Nosferiel sendiri, Anguish, Black Abyss, IV V I IV, Collapsus, Tahannus, Suffer Remains, Visitant, Tasyim dan Imperial. Untuk sebuah band yang sudah berusia lebih 20 tahun sejak kewujudan pada 1997, Blood Raven Dominia adalah sesuatu yang wajar dijadikan khazanah kerana pada gua Nosferiel adalah antara band2 yang mempunyai material berstatus album atau full length yang lahir dari Terengganu selain lagenda Doom Metal tanahair iaitu Modar. Blood Raven Dominia dikeluarkan oleh sebuah label yang pada gua cukup mementing kualiti dan mutu bunyi akhir yang pasti cukup bombastik iaitu Celestial Frequency.
Blood Raven Dominia melalui proses rakaman di Quantize Studio, Kuala Lumpur manakala proses mix dan mastering dilakukan oleh Azumbi di Retrax Studio, juga di Kuala Lumpur.
Jika dilihat pada tracklist, album ini adalah gabungan lagu2 lama dan terbaru dari Nosferiel yang melalui proses rakaman semula yang lebih profesional. Straight forward Black Metal yang tidak melalut dan punya flow dan struktur lagu yang cantek ditambah dengan kualiti rakaman yang bagus menjadikan album ini boleh dikatogeri sebagai released yang baek untuk tahun ini.
Dari segi sound produksi, ini adalah satu produk Black Metal yang agak basic dari segi instruments kecuali beberapa part ada penambahan bunyian keyboard/synth. Sound yang bersih, mixing yang cun dan seimbang. Mungkin mudah kerana menggunakan basic instruments sahaja dan tidak menggunakan banyak track ketika rakaman. Profesional sound untuk end produk. Dari segi tone, sudah cukup untuk tone gitar yang sememangnya bersesuaian untuk genre permainan pantas sebegini. Bass yang cukup lemak dan drum yang cukup EQ semua bahagian. Sapa yang x geram dengar permainan pedal dan blastbeat dari Yoe. Hahaha..
Blood Raven Dominia (2018) boleh diperolehi dengan harga RM30 by hand. Sila tambah kos penghantaran untuk pembelian secara postage dan sila hubungi band atau label untuk sebarang urusan pembelian. Album ini juga banyak di distro kan oleh label2 lain seperti Gedebe Records, Mamat Records, Musix Hub dan label2 lain. Sila gugel mungkin ada label terdekat dengan anda yang angkat CD ni. Kenali Nosferiel melalui laman facebook mereka dibawah ini. Dapatkan Blood Raven Dominia (2018) sebelum ianya kehabisan.
This comment has been removed by a blog administrator.