Grim Vision – War Agony [EP, 2015]

0


1. Fallen Soldier
2. War Machine
3. Ten Minutes


Grim Vision merupakan band dari Hamburg yang memainkan gabungan hardcore punk dengan unsur Death Metal. War Agony yang diterbitkan oleh Bastardized Recordings merupakan keluaran kedua setelah EP With Those Who Favor Fire.

War Agony adalah rekod Hardcore Punk yang gritty dan buzzing, mengingatkan saya kepada trend Entombedcore yang rata-rata gitar berbunyi kering. Saya kurang pasti elemen Black/Death Metal mana yang muncul dalam terbitan ini kerana rasanya macam lebih cenderung kepada Crust Punk, terutama tone gitar yang buzzing dan rentak D-Beat yang mendominasi EP ini. 

Fallen Soldier – Trek pembuka yang memang Punk as fuck. Laungan vokal yang familiar untuk mana-mana band punk memang mengesahkan band ini Punk habis. Ditambah pula dengan drumming D-Beat dan gitar berkerak, saya kira lagu ini adalah mosh pit inducing. Tidak banyak variasi tempo pun, lanyak sampai habis. Done. Confirm Punk (dengan sikit perisa Metal).

War Machine – Feeling trek kedua masih hampir sama seperti Fallen Soldier. Masih kedengaran jeritan ‘War’ sana-sini. Ada bahagian yang utilize blastbeat dan tempo menjadi mid pace menjelang 3/4 lagu. Tidak berapa impressive berbanding trek pertama.

Ten Minutes – Saya agak terpesona dengan trek terakhir. Dan barangkali trek yang paling Metal berbanding yang lain. Agak draggy di permulaan dengan sample audio perang dan percakapan sebelum gitar berdengung masuk. Sample di awal lagu memberikan mood yang sinister. Di bahagian pertengahan tempo menjadi laju dengan D-Beat drumming. Saya sangka okey macam tiada perbezaan. Blastbeat menyusul dengan paluan pedal berkembar menderu menghabiskan lagu ini. Walaupun blastbeat dram tidaklah mengagumkan sangat, ia memberi feeling yang brutal dan sempurna untuk menutup EP ini.

Memandangkan EP ni pendek saja, tak perlulah saya letakkan trek dicadangkan. 10 minit dengar je dah habis haha! Saya sebenarnya suka trek pertama. Pada saya, EP ini brutal dan appealing lebih kepada Mat Punk. Saya tak pasti kalau peminat Metal boleh sangkut ke tak. Masalah saya dengan EP ini, saya tak tahu mana yang cukup menangkap. Barangkali sebab lagu ada 3 aje? Atau tiada variasi di antara trek?  Dan saya tidak terpengaruh pun dengan notion Hardcore Punk dengan Black/Death Metal sebab saya tahu ini memang sukar untuk pull off. 


Vokal – Bibo
Bass – Max
Gitar – Claus
Dram – Schmauke


Hubungi Grim Vision di:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected