Unknown – Voice of Tragedy (Demo 2010)

0

Unknown, seperti juga nama band ini ianya sememangnya “unknown” dan tidak dikenali siapakah band ini. Merupakan antara band yang berpengkalan di Ipoh Perak, Unknown merupakan one men band yang mana beliau iaitu “Unknown H” pernah bersama band Black Metal Neftaraka dan Cultristic yang jitu dengan kekentalan Death Metal. Berpegang kepada konsep Black Death Metal, Unknown pada pendapat gua merupakan band yang seharusnya diberi perhatian dan diambil tahu oleh para pendokong irama Black Death Metal tempatan. Voice of Tragedy merupakan demo yang dirilis pada 2010 iaitu setahun selepas penubuhan band ini. Agak lewat sebenarnya gua mengenali band serta music bawaan Unknown. Dan apabila gua mengamati music garapan Unknown, ia nya agak membuatkan gua teruja kerana mereka punya trademark keatas lagu2 mereka dan “soul” yang kuat dalam apa yang mereka hasilkan. Ok, gua review demo ini.

Layout oleh Eastern Myth Records

Tracklist :
 1 – Mysterious
2 – Brain Door
3 – Psychotic World
4 – Ironic
5 – Remain ov Stvrmwall
6 – Voice of Tragedy

Voice of Tragedy melalui proses rakaman di Necro-X Studio, Ipoh Perak sekitar Januari sehingga Oktober 2010. Amirgeddon bertindak sebarang jurutera bunyi untuk rakaman ini. Voice of Tragedy dikeluarkan oleh Eastern Myth Records.

Mysterious bermula dengan sedikit sound sample sebelum terjahan distortion keras, melulu tanpa ruang kosong. Terkejut gua dengan track ini. Persepsi pertama, Death Metal plus Black Metal!!! Gila benar ada band tempatan main style begini. Rugi pulak gua baru tau band ini setelah 4 tahun demo ini rilis. Apa yang boleh disimpulkan berkenaan track ini ialah ia sebuah track yang punya kelajuan dari segi permainan drum, gitar yang separa bermelodi dan cukup keras, bass yang berdetum dan vocal yang 100% lepas geram!

Brain Door bermula sedikit perlahan tempo nya. Namun cukup keras sound gitar nya. Durasi 1:00 menyaksikan drum mula menggila dengan kelajuan pedal walaupon riffing masih dalam tempo asal. Juga solo menyelinap sepanjang verse.. Ada bunyian yang mungkin digarap dari sound sample yang membuatkan track ini menimbulkan atmosfera yang membuatkan gua rasa didunia asing.

Psychotic World punya bunyian sampling pada permulaan nya. Gua rasa ini dari bunyian loops. Gua menanti sekian lama. Rupanya ia hanya sebuah track instrumental menggunakan bunyian loops dan synth. Memang psycho seperti tajuknya. Haha..

Ironic masih punya mood keras, kental dan laju seperti 2 track awal. Drum memang gila babi punya kuasa yang boleh menjahanamkan drumset nya. Hahaha.. Vocal line sukar diduga.. walaupun banyak menyebut lirik tetapi ia bukan tumpuan utama. Feel dari riffing memang kejam ditambah dengan solo gitar yang berada didalam verse lagu. Ending agak pelik. gua rasa bunyi bass yang berdistortion tahap tinggi gainnya bermain berseorangan. Tamat!

Remain ov Stvrmwall seawalnya jelas vocalist mendominasi suasana lagu. Kali ini jelas cara penyampaian si vocalist. Cukup old skool!!! Gua perasan ada diselit bunyi ala2 piano secara tiba2 walau samar2. Satu idea berani yang agak rare! Solo gitar masih diselit sepanjang verse ketika vocalist sedang mengerang. Kental dan merbahaya track ini. Ketika track hampir suku untuk tamat, tempo diperlahankan, solo gitar menyelit diantara ini dan vocal menambah perisa menjadikan ianya cukup ngeri.

Voice of Tragedy yang merupakan title untuk demo ini lebih menterujakan. Adakah Behemoth menciplak track ini untuk lagu gila mereka Blow Your Trumpet Gabriel yang terhasil didalam album terbaru The Satanist?? Ya hampir sama! Riffing (sikit je beza) dan feel! Cuma arrangement lain. Ok, walaupon track ni lain sikit dari track2 kental terdahulu tapi track last ni cukup bertenaga dan keras.

Apa yang boleh gua katakan pasal demo ini pertama sekali sebagai pendengar music gelap dan keras, gua rasa sedikit rugi sebab gua lambat tau pasal demo ini. Juga lambat tau pasal band ni. Sesuai sungguh dengan nama band ni (Unknown) haha cukup matching. Kedua, Unknown ialah one men band. Hanya seorang line up. Idea dan yang main instrument semua beliau seorang. Gua difahamkan oleh crew Necro-X, mereka hanya sekadar godek2 pc sahaja masa rekoding. Ketiga, Unknown memang band yang ada “soul” terhadap apa yang dihasilkan. Hasilnya Unknown punya konsep!

Dari segi sound produksi, bukan nak puji tapi kalau dari standard demo gua boleh kata ia satu produk yang membanggakan. Walaupon kedengaran “penuh” dan boleh pecah gegendang telinga tapi Voice of Tragedy masih boleh dihadam.

Ok, gua difahamkan demo ini sudah sold out dan gua adalah manusia terakhir yang memiliki material ini (itu pun owner label terjumpa cd terakhir dari simpanan label beliau..haha memang “ong” gua..) Ok, untuk tidak membuatkan semua yang teringin dengar apa yg gua omongkan dalam review pasal demo Voice of Tragedy ni berasa sedih, so gua difahamkan 2nd demo Unknown dah rekoding tapi terbengkalai kerana kesuntukan waktu. Gua harap Unknown boleh sambung rekod dan siapkan. Gua memang terkejut dengan hasil manusia yang dah tahap mesin ni. Ok sebelum gua terlupa, dinyatakan juga demo ini diinspirasi oleh band Nile, Susperia dan Melechesh.

Unknown – Remain ov Sturm Wall


Metal Archives 
Eastern Myth Records

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected