Humiliation – Seek To Survive (2011)

0

Kami pernah membuat review pada album penuh pertama mereka yang bertajuk Dawn Of Warfare yang dipasarkan pada 2010. Nampaknya mereka antara band2 yang produktif dalam penghasilkan album setiap tahun. Mereka juga telah melalui 1 fasa peningkatan dari segi persembahan apabila menggegarkan pentas2 antarabangsa terutama pada 2011 dimana beberapa venue gig di Japan berjaya dimusnahkan oleh 5 orang tentera Old Skool Death Metal ini.

Humiliation, sebuah band yang memperjuangkan irama old skool death metal. Seek To Survive menemui pendengar pada penghujung 2011. Berbekalkan 12 track yang terkandung didalam album ini sekali lagi telinga2 pendengar irama lama ini pasti bergoyang!

 Artwork oleh Insomaniac Lab

Tracklist :
1 – Where It All Begins (Intro)
2 – Lost Contact
3 – With One Objective
4 – Death March
5 – Towards The Target
6 – Dawn Of The Dead
7 – High Fliers
8 – Hellfire Pass
9 – Judgmental To Kill
10 – Observation Post
11 – Pasir Panjang Ridge
12 – And There’s No End (Outro)

Seek To Survive melalui proses rakaman di Hotsound Studio Kuala Lumpur. Diterbitkan sendiri oleh Humiliation, proses mixing dan engineering dilakukan oleh Ahmad Zahid. Manakala proses mastering dilakukan oleh Carl Saff di SAFF Mastering Chicago USA. Ultra Hingax Production dipilih sebagai label rasmi yang mengeluarkan album ini.

Album ini sebenarnya hanya terdapat 10 lagu bervocal manakala outro dan outro di gunakan sebagai permulaan dan penutup album. Jika anda pernah terbaca review kami untuk album pertama mereka Dawn Of Warfare mungkin anda akan memahami music bawaan Humiliation untuk setiap track didalam album ini. Dari 10 track bervocal, track pilihan gua ialah Pasir Panjang Ridge. Tajuk track pun dah pelik. haha.. Tapi ianya sebuah track yang menarik pada gua. Sedap sekali headbang mengikut rentak lagu ini. Jika ada yang kata music berat itu untuk sesuatu yang laju anda ternyata silap! Kerana track ini bakal menjawap erti sebenar “berat” dalam kontek music bertempo perlahan (jangan pikir ini track ballad ya..plucking gitar pun xde tau..)

Keseluruhan album ini sangat membanggakan terutama dari segi sound produksi. Kualiti bunyi yang dihasilkan sememangnya sudah mencapai kualiti antarabangsa dan boleh berada setanding dengan hasil2 produk dari luar negara. Sentuhan mastering dari teknologi2 terkini luar negara mungkin antara faktor mutu rakaman Seek To Survive begitu membanggakan. Peningkatan mutu bunyi dari setiap album yang dihasilkan jelas menunjukkan kemajuan dan Seek To Survive pasti akan membuatkan gegendang telinga anda berdengung. Namun begitu kepuasan mutu rakaman adalah sesuatu yang patut dibanggakan.

Kepada peminat2 Old Skool Death Metal era Obituary, Benediction dan Bolt Thrower, produk terbaru Humiliation bertajuk Seek To Survive ini adalah disarankan untuk anda dapatkan. Siapa peduli dengan minat anda yang merindui nyanyian meleret John Tardy dan lirik2 bertemakan peperangan. Ini lah jawapannya dari anak2 tempatan. Support band ini!

Humiliation – Trench (Live Singapore)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *