Gua sebenarnya xtau sangat berkenaan band ni.. Pertama kali nampak dalam flyers gig Extreme Ist Law – Live Desecration 2014 yang bakal berlangsung pada 27/12/2014 di Alinjiran Garden, Keningau Sabah. Zoghnity dinyatakan telah wujud sekitar 2009. Terkini Zoghnity yang membawa genre Unholy Black Metal dari Tawau Sabah ini telah menghasilkan sebuah promo tape yang mngandungi 2 buah track.

 Satanel Azaziel – Vocal/guitars
Syedtan Lakhuus Kaos – Guitars
Damak laiho666 – Bassist
Crucifix Beheading – Drums

Zoghnity – Promo 2014

Tracklist :
1 – Cult Ov Satan
2 – Pagan Blood

Tidak banyak info disertakan didalam cover sleeve termasuk infomasi berkenaan rakaman.

Cult Ov Satan merupakan sebuah track yang cukup laju, gelap dan kejam. Sebuah track yang punya konsisten yang bagus dalam permainan instrument untuk tempo yang pantas. Sesuatu yang menarik track ini punya solo gitar yang berjaya memecah kegelapan music Black Metal yang agak orthodok sebegini.

Pagan Blood masih mengekalkan mood sama seperti track pertama. Riffing yang sememangnya cukup memberi tekanan dan hentakkan drum yang lebih menggila. Zoghnity benar2 memainkan irama Black Metal yang pantas.

Secara keseluruhan, gua beranggapan Promo 2014 ini mungkin adalah pengenalan kepada apa yang Zoghnity hasilkan untuk promosi pertunjukkan pentas. Dengan membawa konsep Black Metal yang agak kelam dan gelap, Zoghnity boleh gua golongkan sebagai band Black Metal yang agak orthodok atau old school. Corak music yang mengejar kelajuan (gua fokus pada drum) disamping pengulangan riffing yang punya mood menyeksa! Gaya bawaan vocal juga masih berada dalam kondisi apa yang selalu didengar dari band2 Black Metal lain. Sukar juga untuk mencari trademark music Zoghnity hanya berpandukan pada 2 buah track yang terkandung didalam Promo ini. Sesuatu yang agak bagus ialah Zoghnity antara band Black Metal yang mampu membawa tempo laju dengan konsisten untuk bpm yang tinggi. Seperkara yang perlu dinyatakan,boleh jadi Zoghnity adalah band Black Metal yang anti-melodic!!! hahaha straight forward!

Dari segi sound produksi, ia seakan demo yang gua sendiri tak pasti adakah ia nya adalah rakaman secara live atau track by track. Sound yang separa raw namun masih mampu dihadam bunyi setiap instrumentnya.

Ok, Promo 2014 ini mungkin masih boleh diperolehi (jika masih ada kerana limited untuk 33 copies sahaja) dalam format kaset dengan dirilis oleh Roots Active Productions (Thailand) setelah format CD telah sold out. Hubungi email Zoghnity atau Roots Active Productions jika anda masih mahukan copy untuk kepuasan telinga anda.

Email
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected