WWHIRR – Selfish Achiever (Demo Tape 2013)

0

Destinasi Rumah Api mungkin sudah dikenali dengan menjadi lokasi gig2 berkapasiti kecil namun ianya telah menjadi sejarah beberapa band luar negara turut pernah beraksi di sini. Kali ini sebuah produk dihasilkan di tempat sama iaitu sebuah band yang (pada gua) lahir juga dari Rumah Api yang menggelarkan diri mereka sebagai WWHIRR. Merupakan trio yang terdiri dari beberapa buah band tempatan WWHIRR telah menghasilkan sebuah produk berformat tape bertajuk Selfish Achiever pada awal 2013.

Emi, San dan Man
Tracklist :
1 – Null
2 – Exit
3 – Void
4 – Blessless
5 – Senarai Hitam
6 – Keruh
7 – Decrepit
8 – Accede

Selfish Achiever melalui proses rakaman secara live di Rumah Api pada 13 Oktober 2012. Hazril Wan dan Cdoth merupakan sound engineer bagi sesi rakaman ini. Proses mixing dilakukan oleh WWHIRR dan Hazril Wan. Tiga buah label bergabung dalam meriliskan kaset ini iaitu Cactus Records, Knot Records dan Rat Will Feast Records.

Bunyian didgeridoo dimulakan sebelum track bertajuk Null menjengah. Kedengaran begitu hardcore skali track pertama ini. Dengan jeritan dan distrortion dari bass membuatkan track ini kedengaran agak berat.

Exit agak menarik dengan tempo perlahan dan berat sebelum bertukar menjadi track yang pantas. Jeritan tidak putus2 sepanjang lagu. Permainan bass yang bagus dan timbul tone nya.

Void masih dengan jeritan sehabis boleh. Sound pekat dari bass berdistortion jelas menjadi tunjang lagu begitu juga dengan hentakan drum.

Blessless pula sebuah track pantas dan adakala seakan mendengar music grindcore. Ok, gua kena mengaku gua suka sound bass berdistortion dari band ni.

Senarai Hitam bermula agak hardcore melalui riffing dari bass. Merupakan track berbahasa Melayu pertama disajikan. Sungguh beremosi dengan lirik yang cukup Punk!!!

Keruh merupakan track berbahasa Melayu kedua disajikan. Ok track ni gua suka stroke drum nya. Arrangement juga ada flow naik turun. Best!

Decrepit juga sebuah track pantas dan tiada belas kasihan. Riffing juga agak gila2. Solo dari bass berdistortion pun gua xtau nak cakap apa. Dengarkan sendiri ya. Hahaha.

Accede menjadi track terakhir dan masih terasa kegilaan yang pada tahap sama seperti mendengar track2 terdahulu. Dan masih pekat penangan Hardcore Punk nya.

Secara teknikalnya gua beranggapan music garapan WWHIRR punya beberapa elemen seperti Powerviolence, Punk dan juga Hardcore. Sesuatu yang menarik mengenai WWHIRR ialah mereka merupakan band yang tidak menggunakan instrument gitar dalam permainan. Jika sebelum ini gua pernah disajikan dengan beberapa produk band tanpa pemain gitar seperti Wreckär, dan sebuah band dari Indonesia (sori gua lupa nama band tapi band tu rilis split format kaset) tetapi formasi WWHIRR juga menarik dan ada style sendiri.Juga menarik dinyatakan proses rakaman dilakukan secara live di Rumah Api yang pada gua hanya menggunakan equipment dalam kadar limited namun hasil bunyian yang dikeluarkan boleh dibanggakan (jika dibandingkan dengan perkakasan yang digunakan). Dan last skali gua nak cakap gua suka bunyi didgeridoo yang ada diantara setiap track..

Kenali WWHIRR melalui link yang kami sediakan dibawah preview song dibawah ini dan jangan lupa hubungi label2 yang mengeluarkan kaset ini dengan harga RM7 by hand.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected