Welmoed – Ask & Embla [Full Length, 2023]
Saya sangat excited dengan terbitan penuh sulung Welmoed, band Post-Black Metal/Shoegaze Belanda ini. Debut full length mereka yang berjudul Ask & Embla yang dikeluarkan melalui Via Nocturna pada hujung Julai 2023, menghidang feel positive/uplifting yang digaul bersama stail Black Metal (albeit very minimal), satu kombo yang berlawanan but worked very well.
Ask & Embla mempunyai elemen build-up yang closely associated dengan Post-Rock/Metal dan Shoegaze selain feel uplifting, warm dan positif seakan dilambung ke awan yang diselit dengan aggression Black Metal…
Berdurasi 36 dengan 5 trek yang rata-ratanya agak panjang, Ask & Embla terasa pendek tetapi memuaskan hati untuk didengar for so many reasons. Pertamanya adalah approach mereka yang kelihatan impossible untuk dilaksanakan on paper iaitu mencampurkan stail Post-Rock/Metal, Shoegaze dan Black Metal tetapi bila didengar seakan menjadi pula. Ask & Embla mempunyai elemen build-up yang closely associated dengan Post-Rock/Metal dan Shoegaze selain feel uplifting, warm dan positif seakan dilambung ke awan yang diselit dengan aggression Black Metal melalui drum blastbeat dan permainan gitar yang tiba-tiba alternate kepada stail garang.
Sebab apa? Sebab Welmoed ni unpredictable, dik.
Yang kedua adalah penggunaan vokal berkembar yang berselang-seli antara Black Metal male screaming dengan clean female vocals yang memberi contrast dan menambah texture kepada album yang already rich with many elements. Sekejap meribut Black Metal tak ingat punya, kejap lagi macam soundtrack iklan insurans yang penuh feel good dan uplifting (ini serius cakap tak main-main punya). Saya mendapati approach mereka yang menggunakan calm-chaotic dynamic ini membuatkan saya tertunggu-tunggu untuk tengok apa pulak mereka nak flip di verse/chorus/lagu seterusnya. Sebab apa? Sebab Welmoed ni unpredictable, dik.
Disyorkan untuk yang curious dengan stail Post-Black Metal bernada positif.
Kekuatan Welmoed melalui Ask & Embla adalah execution mereka yang kemas menjalin dua style muzik yang berlawanan dalam satu album secara seamless. Melalui sound yang bright dan hopeful, Welmoed menyelit element Black Metal yang crushing tanpa mengorbankan kualiti rakaman dan adunan muzik (although it could be better). Mula-mula agak aneh juga mendengar bunyian yang grim tapi terselit feel hopeful dalam masa yang sama, but I guess it really worked. Album ini berpotensi untuk menjadi Album of the Year untuk saya, tapi dengan begitu banyak sekali album stail sebegini yang keluar pada 2023, kita tengoklah nanti. Disyorkan untuk yang curious dengan stail Post-Black Metal bernada positif.
Ask & Embla kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.
FFO: Deafheaven, Alcest, Lantlôs, Violet Cold, Sylvaine
Ikuti Welmoed di sini: