VotW: Borknagar – Future Reminiscence

0
Gua dan Contramen sependapat untuk mengemukakan ruangan baru untuk DtE yakni Video of the Week. Segmen ni adalah di mana kami akan feature video (persembahan/MV/etc) untuk setiap minggu untuk tatapan lu orang. Selain bertujuan untuk perkenalkan band/artis yang mungkin lu orang tak pernah dengar, atau pernah dengar lagu tapi tak tahu nama, ini juga bertujuan untuk mengelakkan DtE menjadi stale hohoho, maklum saja sibuk dengan kerja, kadang-kadang terlupa nak update. Jadi gua akan mulakan VotW yang pertama iaitu Borknagar – Future Reminiscence!
Regards,
A is for Anomaly.
Merupakan trek daripada album Epic 2004. Borknagar macam biasa gua susah nak faham intipati tema mereka ni. Tapi secara amnya banyak menyentuh isu kosmik dan sains. Ahahah, ya boleh cakap ada nilai education di situ. Trek ni paling terbaik untuk dijadikan MV demi promotional purpose sebab: vokal Vintersorg baik grunt atau clean sungguh bad ass, keyboard yang ketara unsur progressive dan drum yang secukup rasa. Sebenarnya bila gua dengar gua teringat zaman student dulu duk pasang lagu ni hahahahahah!
Facts:
– Kesemua vokalis yang pernah berkhidmat dengan Borknagar iaitu Garm (Ulver, Head Control System), ICS Vortex (Ex Dimmu Borgir, Ex Arcturus) dan terbaru Vintersorg, mempunyai range vokal yang awesome, baik secara grunt atau pun operatic. 
– ICS Vortex kini merupakan touring vocalist Borknagar untuk sementara waktu.
– Borknagar dahulunya banyak bertemakan Odinism dan Viking, kini lebih kepada sains, kosmos dan alam semulajadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected