Vong – A Wander in Liminality [Full Length, 2022]

0

Dari ceruk misteri Hanoi, Vietnam, muncul satu projek solo bernama Vong. Bertemakan mitos dan sejarah Vietnam, Vong adalah berkiblatkan Raw Black Metal yang tepu dan kering. Album sulungnya A Wander in Liminality dikeluarkan pada Julai 2022 melalui House of Ygra menjadi testament yang Vietnam juga berupaya menghasilkan Black Metal dengan sound yang necro.

A Wander in Liminality secara amnya menzahirkan Black Metal ala Ulver, Satyricon, Darkthrone, Burzum dan early As-Sahar dengan sound lo-fi dan simplistic. Sound gitar yang buzzing tak ingat cukup sebijik macam Darkthrone era A Blaze in the Northern Sky dan Burzum era Filosofem. Dengan mix yang mendap serta terkucil, dram kedengaran terkebelakang, bass yang mengikut pattern gitar menjadikannya hampir terkubur dan vokal nyaring tak ingat menjadikan A Wander in Liminality satu keluaran yang ticked all the boxes untuk kualiti Raw Black Metal.  

Seperkara lagi adalah permainan gitarnya yang simple dan minimalistic namun creepy membuatkan saya tertarik untuk mendengar ampai habis sekalipun the (probably intentional) horrible mixing buat saya pening sikit. Kalau anda pernah dengar Transylvanian Hunger dan Nattens Madrigal, anda tahu betapa berdesingnya teliga lepas habis spin keseluruhan album. Tapi tu lah, the magic lies in between the deafening noise; vibe yang dingin dan jahatnya sebenarnya yang menjadi tarikan untuk saya terus mendengar. It’s pretty good for a Raw Black Metal, actually.

A Wander in Liminality kini terdapat dalam format CD, kaset (melalui Analög Ragnarök) dan muat turun digital.

FFO: Ulver, Satyricon, Darkthrone, Burzum, early As-Sahar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *