Visitant – The Sword Without Eyes EP (2012)
Sebenarnya gua dah lama jugak beli EP terbaru diorang berjudul The Sword Without Eyes ni tapi macam biasa ah kekangan masa buat gua hampir lupa nak review. Soooooooooooooooo yeah, EP ni mengandungi 4 buah lagu, sebahagiannya diolah semula daripada split 99 dan diberi nafas baru.
The Sword Without Eyes – Dimulakan dengan sample daripada filem Lord of the Rings, ini lagu memang relentless dipermulaan dengan blastbeat dan riffing takde belas kasihan punya.Keyboard memberikan feel epic memandangkan lagu ni pasal perjuangan (kang kata perang macam one dimensional pulak, whatever).Elemen black metal/ power metal dapat dirasakan bercampur di sini. Apa yang bagus pasal EP ni adalah sleeve turut menyertakan lirik jadi senang nak paham takde la terkial-kial nak cuba faham apa vokalis duk menderam sepanjang lagu.Lagu ini memang sesuai sekali diletakkan sebagai pembuka. Selain daripada set mood ia jugak bertindak sebagai memberi petunjuk kepada pendengar betapa sound Visitant dah berevolusi sejak daripada release mereka yang sebelum ni.
Through Me I Can’t See – Intro daripada keyboard di permulaan set mood lagu ni kepada ala-ala padang pasir sebelum diterjah masuk dengan gitar, drum dan vokal yang menggila. Vokal berkahak (sori takde term yang lagi sesuai gua mampu fikir) Fizan mantap jugak sebenarnya. Lupa nak cakap drummer baru Visitant ni kira ribut jugak permainan dia dengan ketepatan yang boleh tahan dan serangan twin paddle hampir sepanjang masa.Keyboard menyinar di lagu ini terutama di bahagian 2 minit terakhir dengan piano.
Nida’ Lil Haq – Sebuah lagu berbahasa Arab. Sori gua tak faham bahasa Arab tapi lagu ni nice sebab vokal employ clean vokal dengan pengeculian beberapa tempat ada jerit-jerit sikit. Keyboard banyak menghiasai lagu ni dan tempo pun takde menggila macam 2 lagu terawal.Mula-mula gua ingat ni lagu Maal Hijrah sebab lenggok lebih kurang sama kahkah!Ini lagu syok, at least lega sikit daripada lagu terawal yang menggila laju.
Tales of the Past II – Secara peribadi, inilah trek kegemaran gua. Sebuah trek akustik yang digubah cantik dan mendalam. Temanya masih tentang perjuangan, patutlah Visitant label kat Fb diorang sebagai War Metal, mati-mati gua ingat War Black Metal kahkah.Apasal sample di awal lagu macam familiar? Oh ya, filem Braveheart kahkahkah!Ini lagu gua memang confirm lu orang dengar sekali memang sangkut. Gua dapat kesan pengaruh Blind Guardian dalam lagu ni. Lagu ni jugak menampilkan ability vokal-vokal (macam ramai je nyanyi lagu ni) mereka dalam menyanyi dengan lunak dan ehem..teratur.Tunggu satu bahagian ada flute, woooooo ini nice ada lenggok folk sikit. Syok.
Secara jujur ini adalah produk local terbaik 2012 bagi gua setakat ni.Gua suka the fact EP ini packagingnya decent dan rapi jadi gua rasa puas la membeli, kena pulak karyanya memang bahekkkk!Secara overall gua suka soundnya yang bersih dan semua instrument jelas dan tak outdo each other sangat. EP ini diterbitkan oleh Celestial Frequency. Gua tak pasti masih terdapat kat Rock Corner ke tak sebab hari tu gua pergi beli nak borong beberapa copy tapi tinggal satu je, oh damn.Adakah Visitant boleh menawarkan kelainan kepada scene tempatan? Gua tak berani cakap tapi ada baiknya kalau dapat arrange interview dengan mereka.Gua serahkan kat Contramen sebab dia sekarang sibuk asah bakat jadi wartawan haha. Tapi seriously, EP ni gua personally recommend kat lu orang untuk beli. BELI! Bukan download, BELI!Terima kasih.
Pada yang berminat sila hubungi Visitant di link di bawah.