Viniir – The Story [Chapter 1] demo (2011)

1
Selamat pagi Sabtu dan salam Krismas kepada penganut Kristian! Minggu ini memang minggu yang busy untuk menghadam releases yang baru tiba ke peti surat kami. Antaranya ialah demo CD sebuah band dari Perak iaitu Viniir.

Gua hanya mengetahui kewujudan Viniir melalui entry blogpost di Krenmaut. Yang menyebabkan gua jadi tertarik untuk mendengar Viniir adalah kerana mereka memainkan Viking Metal. Seriously. Orang Melayu main Viking Metal. No shit. Atau sekurang-kurangnya itu yang mereka claim.Really? Gua bertanya kepada diri sendiri, macam tak percaya. Gua merupakan peminat music jenis Viking dan Folk macam band berikut Thyrfing, Falkenbach, Windir dan bermacam-macam lagi. Jadi selama ni mentaliti gua adalah Viking Metal hanya eksklusif kepada region Scandinavia sana,mana mungkin belah rantau sini ada orang terfikir nak main style macam ni!

Tapi gua salah.



Viniir merupakan band yang berasal dari Ipoh, bandar yang merupakan kubu kuat gerakan Ipoh Metal Militant serta melahirkan banyak band tersohor macam Langsuyr, Necrotic Chaos, Vociferation Eternity, sekadar memberi beberapa nama. Berbeza dengan kebanyakan band seangkatan, Viniir mendakwa mereka memainkan Viking Metal yang berpaksi kepada tema (yang obviously) perang, pelayaran dan Odinism (mungkin).

Demo CD yang bertajuk The Story Chapter 1 ini menawarkan 3 trek yang berdurasi boleh tahan juga panjang iaitu:


  1. Thor
  2. The Story
  3. Edda War

Thor merupakan trek pengenalan daripada CD ini. Dimulakan dengan sample bunyi guruh (merupakan direct reference kepada Thor, God of Thunder), Viniir tak membuang masa untuk menawarkan riffing yang relentless. Ada sedikit thrashy pada riff gitarnya. Gua sebenarnya agak impressed dengan energy yang ditawarkan pada trek pertama ni. Wah bunyinya secara overall padat dan permainan agak kemas. Malang sekali takde pulak lirik jadi gua terpaksa bergantung kepada pendengaran sendiri untuk memahami apa yang dinyanyikan. Tamat lagu pertama membuatkan gua terfikir sejenak. Tema Viking ada diselitkan. Tetapi dari segi muziknya, eh ada gaya Eastern Metal atau sekali dengar ada bunyi-bunyi Langsuyr! Paling evident adalah pada solo lagu pertama, mengingatkan gua kepada lagu-lagu Langsuyr pada zaman Occultus Mysticism. Nevertheless, mereka ini solid dan gua anggap mereka tengah cari sound sendiri. 

Trek kedua The Story macam bosan sedikit. Masih dimulakan dengan sample peperangan, entah dari movie mana diambil. The Story sedikit panjang daripada Thor dan bermula dengan tempo sederhana. Ada sedikit off tempo pada bahagian terawal. Tapi mungkin gua punya perasaan gua je kot. The Story kurang aggresif berbanding Thor tapi ada kelebihannya dengan percubaan untuk memasukkan koir. Adalah juga feeling epic, sekalipun koir yang dibuat kurang solid dan berbunyi amatur. Solo gitar, hmm, macam recycle dari lagu pertama. Trek ni gua kurang lekat sikit la.

Viniir – Edda War


Trek terakhir iaitu Edda War merupakan personal favourite gua dan menutup EP ini dengan bergaya dan membuat gua jadi sedikit craving ‘weh mana lagi lagu?dah habis ke?Damn!’. Masih dimulakan dengan sample (Viniir, kalau boleh tak perlu la semua lagu nak intro kena ada sample,next time boleh letak sample di tengah lagu, sekadar idea) tetuang dibunyikan, memberi gambaran jelas mood perang dalam lagu ni. Drummer memang jahat dengan blastbeat yang menggila di permulaan.Ada rasa nak headbanging pulak jadinya. Tremolo picking memang digunakan dengan prominent dalam lagu ni, menjadikan perisa Black Metal lebih apparent dalam trek terakhir ni. Eh ada sedikit koir di lagu ni jugak. Nice.Alahai, struktur lagu ni masih macam lagu pertama. Formula yang sama.Essentially macam sambungan lagu pertama dengan sedikit penambahan di sana sini.

Viniir merupakan band yang ‘boleh bermain muzik’ dengan idea yang sedikit berlaian. Untuk mengadili Viniir dari segi keseluruhan daripada hanya demo ni saja macam tak adil pulak, sebab ketiga-tiga trek sebenarnya berbunyi hampir sama. Baik dari segi intro (penggunaan sample dari filem/siri tv/game), gaya riffing gitar serta solo kesemuanya terletak di penghujung lagu, Viniir tak terlalu menawarkan variasi dan menjadikan demo ini sedikit bland.Lupakan label Viking Metal mereka kerana amat sedikit sekali kualiti Viking Metal yang ada (termasuk the fact mereka bukan berasal dari bahagian Scandinavia) malahan sound yang terhasil juga tak berapa nak Viking Metal, sekalipun dinyatakan ada pengaruh Amon Amarth, Ensiferum dan lain-lain. Bagi gua cukup je kot melabel music mereka sebagai Black Metal…tapi who cares kan kahkah!

Viniir berpotensi untuk dikenali, cuma terdapat beberapa kekurangan yang perlu diperbaiki dan kalau benar mereka memainkan Viking Metal, nampaknya mereka perlu bekerja lebih keras dengan membuat kajian tentang kualiti yang perlu ada untuk menjadi band Viking Metal yang…Viking. Pedulikan pandangan serong orang tentang orang Asia ingin bermain Viking Metal (kalau ada yang berpandangan sedemikian), kerana Viniir sekurang-kurangnya cuba menawarkan alternatif terhadap scene metal Malaysia! Personally gua berharap terbitan Viniir akan datang akan jadi lebih gempak dan bervariasi.CD demo The Story Chapter 1 telah mula dijual dengan harga RM7 by hand/ RM 10 secara pos.

Viniir boleh dihubungi di sini dan sini.

1 thought on “Viniir – The Story [Chapter 1] demo (2011)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected