Veilburner -VLBRNR [Full Length, 2022]

0

Unit Dissonant Black/Death Metal dari AS yang bizarre dan unconventional, Veilburner kini kembali dengan album penuh berjudul ‘VLBRNR’. Album yang dikeluarkan melalui Transcending Obscurity ini merupakan follow-up daripada album penuh 2021 mereka iaitu ‘Lurkers in the Capsule of Skull’.

Nyata sekali VLBRNR mempunyai visi untuk menjadi lebih gila dan mindbending daripada album sebelum ini sekalipun jelas mempunyai continuation yang hampir sama dengan terbitan sebelumnya. VLBRNR menunjukkan obsesi Veilburner untuk push everything to the edge dengan permainan gitar yang merayau dan wonky, dengan penggunaan efek yang bizarre terhadap gitar dan vokal yang memberikan anda feel seakan-akan berada dalam fever dream yang mana semuanya terasa stretched dan beralun di luar kawalan serta lontaran vokal yang menerpa kewarasan. VLBRNR turut menjadikan pendengar disoriented dengan changes of tempo yang tiba-tiba; daripada breakneck speed tiba-tiba kepada moderate tempo yang calm.

VLBRNR bukanlah album yang anda nak dengar kalau mencari terbitan Metal yang benar-benar bermelodik, sebaliknya ini adalah sonic journey yang buat anda jadi paranoid. That being said, sekalipun VLBRNR cukup chaotic, ia mempunyai memorable riffs dan parts yang menjadikannya outstanding daripada terbitan lain pada tahun 2022. Also, kualiti rakaman dan adunan album ini terasa alright dan jelas, justeru amplifying the terror and chaos ke tahap yang lebih tinggi. Majoriti lagu dalam VLBRNR mempunyai kualiti yang catchy dengan melodi yang memorable, and then there’s the wonky effects yang buat semua jadi seakan dalam a bad trip doing drugs. Contoh yang terbaik adalah trek ‘Exhibitionism in Limbo’ yang bermula dengan feel Atmospheric, namun apabila main instrument masuk, segalanya jadi wonky, in a good way. It’s so bizarre sampaikan buat saya tersengih sendirian.

Satu-satunya complaint saya untuk VLBRNR adalah durasinya yang memakan hampir sejam. Semua lagunya memang menarik; teknikal, violent, dan ditulis kreatif namun too much of a good thing will also kill you. Jika pendengar yang pertama kali cuba nak into Veilburner, saya pasti mereka akan mula hilang fokus menjelang pertengahan album. Pada pendapat saya, elok saya shave off beberapa trek dalam VLBRNR dan jadikannya sebagai follow-up EP. But anyway, it’s an enjoyable album. It’s bizarre, but it’s a good kind of bizarre. Recommended!

VLBRNR kini terdapat dalam format CD, piring hitam dan muat turun digital.

FFO: Ulcerate, Sunless, Aeviterne, Gorguts, Devenial Verdict, Norse, Deathspell Omega

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected