Upon Arrival – Reign of Chaos (EP 2010)

0

Pertama kali mendengar lagu dari Upon Arrival, gua terasa band ini punya potensi tinggi untuk di ketengahkan. Band yang bertapak di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya ini terlebih dahulu mengeluarkan sebuah EP pada 2007 dan muncul dengan sebuah keluaran yang pada gua mempunyai kadar adrenalin yang kuat berjudul Reign of Chaos.

Azizi – Vocal
Alel – Guitar
K-Rul – Guitar
Kamal – Bass
Afiq – Drum
 Cover artwork oleh DiGg
Tracklist :

1 – In The Reign of Chaos
2 – March of the Deceased
3 – Afterdoom
4 – Death Reckoning
5 – Black Shadow Fiend
6 – Path of Destruction

Proses rakaman dilakukan di Studio 21:05 milik JD (Pop Shuvit). JD turut terlibat dalam sebagai jururakam sekaligus terlibat didalam proses mixing. Proses mastering pula di jalankan di Waltz Mastering, Boston, MA oleh Tom Waltz.

In The Reign Of Chaos menjadi track pengenalan dimana permulaan track kedengaran seakan riffing yg terdapat didalam album Miasma dari The Black Dahlia Murder. Keseluruhan track ini terdapat kepelbagaian elemen dari death metal, metalcore dan deathcore. Sesuatu yg patut dipuji ialah solo gitarnya.

March of the Deceaded pula pada mulanya kedengaran seakan gabungan music The Black Dahlia Murder dan Slipknot. Pertengahan lagu dimana riffing, gabungan growl dan scream dari vocalist membuatkan gua tersenyum dan hanya The Black Dahlia Murder bermain di minda.

Afterdoom menyerang tanpa berlengah2 langsung. Serangan setiap instrument dan vocalist benar2 menambah tenaga track ini. Riffing separa breakdown juga diselitkan sehingga tamat track.

Death Reckoning merupakan sebuah track instrumental dengan mood perlahan dan mendatar.

Upon Arrival live at GBOB Heat 3 (2011)

Black Shadow Fiend  (sila layan sample youtube diatas) bermula seakan track kedua sebelum verse pertama bermula. Penggunaan arpegio skil juga jelas kedengaran di penghujung riffing sebelum riffing seterusnya menyusul. Chorus track ini juga agak santai sebelum riffing menarik yg menyaksikan kedua2 gtarist mempamerkan kemampuan sebenar masing2. Solo gitar sekali lagi begitu mendayu dan ianya benar2 sedap didengar.

Path of Destruction menjadi track penutup. Vocalist kedengaran memberi sergahan yang lebih bertenaga. Solo feel-in juga menarik walau agak pendek. Terdapat juga riffing berbau Inflames dipettengahan track. Solo gitar? memang menarik seperti track2 terdahulu.

Untuk sound produksi, gua beranggapan EP ini merupakan antara keluaran bermutu yang pernah gua dengar. Juga sudah mencapai tahap profesional rakaman sebuah album bertaraf antarabangsa. Penghasilan mutu bunyian yang memuaskan. Dari segi permainan instrument boleh dinyatakan disini bahawa setiap line up memainkan peranan terbaek didalam setiap lagu yang dirakam. Kredit mungkin patut diberikan kepada kedua2 gitarist band ini. Melihat pada kemampuan drummer band ini menerusi laman sesawang facebook beliau, gua dapat rasakan sepatutnya beliau mampu menghasilkan stroke2 yang lebih menggila untuk kesemua track2 yang terakam.

Pada pendengaran gua music yang dihasilkan Upon Arrival lebih kearah seakan The Black Dahlia Murder walaupun mereka menyatakan music mereka lebih dipengaruhi All Shall Perish, The Faceless, Heaven Shall Burn, Through the Eyes of the Dead dan Job For a Cowboy. 

Upon Arrival boleh dikenali melalui link yang kami sediakan dibawah ini. Jangan lupa dapatkan Reign of Chaos!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected