Unveiled – Endless Extreme Hate (2015)

0

Unveiled merupakan sebuah unit yang memperjuangkan irama Brutal Death Metal. Berasal dari selatan tanahair, Unveiled terdahulu ditubuhkan pada 1997. Menghasilkan sebuah split album bersama Trauma (Indonesia) pada tahun 2000 dan menghilang sekitar 2001 sebelum muncul kembali pada 2013 sebelum sebuah album penuh berjudul Endless Extreme Hate (2015) dilahirkan pada suku pertama 2015. Grundar Production, sebuah label yang aktif menghasilkan produk2 metal yang ngeri adalah penaung kepada Unveiled.

Jake (Guitars), Ah Fad (Drums), Onesoul (Bass), Chal (Vocals)

 Cover layout oleh Ah Fad
Tracklist :
1 – …The Upcoming
2 – Doomed To Hellfire
3 – Curse Of The Predator
4 – Inherited Decimation
5 – Human Synthetic Killer
6 – Cataclysmic Disease
7 – Cannibalistic Manglement
8 – Sadistic Annihilation
9 – Into Oblivion

Endless Extreme Hate (2015) melalui proses rakaman dan adunan di Carlos Studio, Cap Unta Studio dan Cha Limpong Studio (lawak pulak nama studio2 yang digunakan..boleh jadi homestudio barangkali.. – ed) sekitar Julai sehingga December 2014. Proses mastering di lakukan di Cap Unta Studio. Sound engineer ialah Carlos dan Man Cha Limpong. Manakala Atoi Night Screamer bertanggungjawap dalam proses mix dan mastering. Kesemua lagu dihasilkan oleh Jake (gitar), manakala lirik oleh Pecal (vocal). Unveiled dan Grundar Production adalah penerbit untuk album ini.

Gua mengambil masa yang agak lama untuk menghadam music ciptaan Unveiled. Ini kerana kesemua lagu adalah ciptaan Jake yang juga merupakan mastermind kepada sebuah lagi band Death Metal dari Johor iaitu Sickness. Juga pemain drum Unveiled turut bersama Sickness. Masalah membezakan music Unveiled dan Sickness agak memakan masa gua sebenarnya. Hahaha.. Namun gua boleh simpulkan Endless Extreme Hate merupakan sebuah album yang solid sound produksi nya. Tidak terlalu teknikal jika dibandingkan dengan Sickness untuk beberapa track. Flow susunan lagu juga memerlukan kesabaran kepada pendengar. Gua memilih track ke 5 sehingga 8 untuk lebih ngauman, brutal dan tanpa belas kasihan. Pengaruh 2 band hebat Morbid Angel dan Suffocation jelas dapat dihidu untuk beberapa track.

Dari segi sound produksi, Endless Extreme Hate boleh diklasifikasikan sebagai antara produk yang baek, punya keseimbangan level dalam setiap permainan instruments. Ngauman Chal selaku vocalist ternyata cukup “membunuh” terutama dalam track bertajuk “Sadistic Annihilation” yang sudah seperti berada dalam kemuncak keganasan yang penuh nafsu. Gua memilih track “Cataclysmic Disease” sebagai track pilihan. Walaupun merupakan track paling panjang durasinya namun kepelbagaian riffing dan stroke drum ternyata membuatkan ianya tidak membosankan. Track ini juga mengingatkan gua pada sebuah band yang baru jek RIP iaitu Vomitory.

Endless Extreme Hate (2015) boleh diperolehi dengan harga RM20 by hand atau RM26 by pos (Semenanjung) dan RM30 (Borneo). Hubungi Grundar Production untuk urusan pembelian melalui link yang disediakan dibawah preview video ini.

Unveiled – Endless Extreme Hate (2015) *Preview

Unveiled
Email
Facebook

Grundar Production
Email
Official Website
Facebook
Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected