Ultar – At the Gates of Dusk [Full Length, 2022]

0

Saya seringkali tertarik dengan band Black Metal datang dari tempat yang isolated. For some reason, semakin terpencil dan unheard lokasi mereka berasal, semakin misteri dan kuat x-factor mereka. Inilah feel yang dibawakan oleh unit Post-Black Metal dari Siberia, Rusia, bernama Ultar dengan album At the Gate of Dusk yang dikeluarkan melalui RockMark Records pada 20 November 2022.

At the Gates of Dusk menghidangkan permainan Black Metal yang terasa dingin dan desolate seakan meredah salji di kawasan terpencil, di bawah cahaya bulan, diperhatikan setan jembalang dan dreaded feeling yang tak surut. Saya sebenarnya sedikit keliru dengan istilah Post-Black Metal yang datang dengan Ultar memandangkan elemennya begitu tipis dan vague serta hanya muncul sekejap-sekejap sahaja, walaupun saya boleh mengesan stail Agalloch. Malah yang jelasnya Ultar lebih terarah kepada Black Metal yang violent tetapi bermelodik pada masa yang sama dengan tempo cukup ribut, diperkuatkan dengan pemainan gitar, dram, dan bass yang ditulis untuk menggambarkan suasana yang uncertain, impending doom dan dingin. Manakala vokal pula stayed true kepada traits Black Metal; raspy, high pitch shrieks yang kadang-kala diselitkan low grunt yang sempurna menggambarkan force of darkness berbicara tanpa belas ihsan.

At the Gates of Dusk sebenarnya bertemakan Lovecraftian horror, justeru menjelaskan album ini yang berkisar terhadap ketakutan terhadap perkara tidak diketahui. Buat yang familiar, Lovecraftian horror biasanya menyentuh cosmic horror yang tidak mampu diproses akal yang mampu menyebabkan hilangnya kewarasan. Ultar cuba membawakan feel ini melalui muziknya yang violent dan bermisteri; iaitu permainan Black Metal yang bermelodik tetapi cukup mengancam dengan segala elemen ekstrim genre ini digaulkan bersama. Ini bukan Post-Black Metal yang anda selalu dengar yang mempunyai glint of hope and sunshine. Nope. Ini adalah tentang ketakutan yang tidak boleh digambarkan. Dan saya personally tertarik dengan tema sebegini, dimantapkan pula dengan execution yang bagus daripada Ultar. Recommended!

At the Gates of Dusk kini terdapat dalam format CD, piring hitam dan muat turun digital.

FFO: Naglfar, Falls of Rauros, Agalloch, Vinterland

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected