Sempena tour Eropah yang akan disertai oleh Tools Of The Trade, kami DtE bersempatan mendapatkan album terbaru mereka bertajuk Defy yang baru sahaja menemui pendengar. band yang berpaksikan genre grindcore ini tampak begitu berani dan berdasarkan apa yang di hasilkan melalui Defy, rasanya Tools Of The Trade sudah mampu menyaingi band2 yang lebih awal menjelajah Eropah seperti Womrot am nya. Defy dikeluarkan oleh dua buah label iaitu Revulsion Records (Malaysia), Electro Sponge Media (S’pore).
Tiong- Guitars/Guitar, Emi – Bass/Vocal, Ian – Drums
Defy menjalani sesi rakaman sekitar Ogos sehingga September 2011, bertempat di Hotsound Studio. Sesi rakaman dikendalikan oleh Zahid (juga terlibat dalam rakaman EP “Pulse”). Album ini juga menampilkan Amir Lam dan Yussoff yang bertindak dalam menyumbangkan suara dalam beberapa lagu. Line up yang terlibat didalam sesi rakaman ialah Tiong- Guitars/Guitar, Emi – Bass/Vocal, Syazwan – Guitars, Kia – Drums.
Untuk mereview 16 track didalam album ini mungkin agak sukar kerana genre sebegini durasi lagu2 nya sekitar 1 ke 2 minit sahaja. Malah track ke 7 bertajuk Awake hanya berdurasi kurang dari 11 saat dan track paling panjang berjudul Impostor durasinya 2 minit 24 saat. Namun begitu, Deranged yang merupakan track kedua (selepas intro) merupakan track yang sesuai sebagai pengenalan music dan penangan lagu2 terbaru Tools Of The Trade. Beberapa track menarik seperti Clotted Blood, Pounding Miasma dan Lies Beneath juga pasti boleh bikin kepala otak anda sedikit goyah dengan riffing serta hentaman grind menggila dari drummer band ini.
Keseluruhan mutu dari produksi rakaman adalah membanggakan dan kesemua instrument berada dalam level terkawal. Sound engineer bertugas bijak menghasilkan sound yang bersesuaian dengan genre sebegini. Drum, gitar dan bass (kadangkala kedengaran sedikit kuat level bunyinya berbanding gitar dan drum) kedengaran seimbang manakala vocal bersilih ganti antara growl dan scream menambahkan suasana lebih huru hara untuk setiap track yang diperdendangkan. Bagi gua, setelah mendengar Defy, dapat gua simpulkan sememangnya Tools Of The Trade sudah mencapai tahap sebuah band yang layak untuk melakukan tour Eropah (Julai 2012) memandangkan kemampuan dan mutu komposisi lagu yang dihasilkan. Jika Singapore telah memulakan serangan grindcore di tanah Eropah melalui Womrot, kali ini rasanya Malaysia juga tidak mengecewakan. Tools Of The Trade adalah jawapannya dan ia nya merupakan suatu yang patut dibanggakan kerana mereka antara band yang berani tampil kehadapan membawa bendera Malaysia ke arena music berat antarabangsa. Syabas Tools Of The Trade!!!!
Kenali Tools Of The Trade melalui link yang kami sediakan dibawah ini. Juga jangan sekadar mulut berkata “support” jika anda tidak mendapatkan Defy yang hanya berharga RM15 (by hand) yang didatangkan dalam format digipak beserta poster (terhad). Tidak merugikan kerana ini produk yang sangat membanggakan.