The Furor – Cavalries of the Occult (2017)

0

The Furor, band dari Perth, Western Australia, yang ditunjangi Dizazter atau Louis Rando, drummer band tersohor Singapore iaitu Impiety nampak begitu aktif dengan penghasilan album terbaru bertajuk Cavalries of the Occult (2017). Ini merupakan album penuh ke 5 dari The Furor selepas 4 album dan 2 EP dihidangkan. Black/Death Metal adalah apa yang disajikan The Furor dan yang jelas Dizazter selaku mastermind band ini jelas begitu taksub dengan corak permainan mengejar kelajuan dan tidak mahu meninggalkan sebarang ruang kosong dalam komposisi music ciptaannya. Cavalries of the Occult (2017) akan menemui pasaran pada 5 March 2017 dibawah label paling berpengaruh buat masa kini di India iaitu Transcending Obscurity Records.

 The Grand Impaler (Bass), Dizazter (Drums/Vocals/Songwriting), Hellhound (Guitars)
Tracklist :
1 – 30 Year War
2 – Cavalries of the Occult
3 – Death Manifest
4 – Fomes Peccati
5 – Lake of Fire
6 – Rampage upon the Rational
7 – Second Coming Slaughtered
8 – Storm of Swords
9 – Totaliterror

Cavalries of the Occult (2017) melalui proses rakaman secara home studio milik Dizazter (pre-production) untuk track drum dan rakaman akhir track gitar juga di home studio rakannya. Nizam Aziz selaku gitarist Impiety bertindak sebagai juru adun di Studio 47 Singapore.

Pertama kali mendengar ternyata The Furor merupakan band yang mementingkan kelajuan dalam permainan instruments masing2. Track pertama 30 Year War sememangnya sangat padu, kejam dan bertempo laju. Mood yang sama diteruskan untuk track2 seterusnya.

Sepanjang menghadam album ini, gua boleh simpulkan bahawa The Furor merupakan band yang cukup kental pembawaan Black/Death Metal dalam penulisan material2 mereka. Dizazter yang sudah cukup dikenali dengan hentaman tanpa belas ke atas set drum bersama Impiety nampaknya mengekalkan tahap kegilaannya untuk the Furor. Paling menggila dimana beliau memikul tugas bahagian vocal bukan setakat rakaman studio tetapi turut melakukannya untuk persembahan pentas. Hellhound selaku pemain gitar juga harus diberi kredit dalam menggalas tugasan sebagai pemain gitar yang rata2 memerlukan latihan yang cukup menghadap riffing2 laju tanpa belas kasihan. Difahamkan kesemua track adalah dihasilkan oleh Dizazter dan dirakam secara demo sebelum track2 demo tersebut diberi kepada line up untuk di study sebelum ke proses rakaman secara profesional.

Dari segi sound produksi, ianya satu produk bertempo laju dan kental untuk music genre Black/Death Metal. Sound yang sedap dan profesional. Teknikal musicwise boleh jika gua bagi sedikit perumpamaan seperti anda mendengar Belligerent Intent dan Impiety. Produk yang mementingkan tempo kelajuan yang tinggi, keras dan pantas.

Kenali The Furor melalui laman sesawang disediakan dibawah, juga untuk pembelian CD (limited 300 copies) atau format digital sila hubungi TranscendingObscurity Records juga melalui link dibawah.

The Furor – Second Coming Slaughtered

The Furor
Email
Bandcamp
Facebook
Myspace
Reverbnation

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook
Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected