The Death Of Analog Psycho (Compilation 2013)

1

The Death Of Analog Psycho merupakan sebuah kompilasi lagu2 yang dilahirkan dalam format kaset oleh Faithcraft Production. Dinyatakan band2 yang terlibat merupakan antara band2 yang menjadi kenalan pemilik label sepanjang terlibat dalam kancah music gelap nya. Menampilkan himpunan band2 tempatan dan antarabangsa pelbagai genre lantas membuatkan ia seakan satu tarikan kepada pendengar irama berat untuk memiliki kompilasi ini. Dikeluarkan dalam format kaset, kompilasi ini menampilkan beberapa band tempatan seperti Atomicdeath, Blood Legion, Hereafter, Kathgor, Sickness, Torch, Putrefied Remains, Wreckar, Bestial Hordes dan DIED. Manakal band2 luarnegara yang terlibat adalah seperti Sectioned (Hungary), Hailgun (Australia), Twisted Faith (Australia), Тиран (Russia), Varathron (Greece) dan Empheris (Poland).

The Death Of Analog Psycho (Compilation 2013)
Tracklist :

Side A

1 – Atomicdeath – Forever Black Hell
2 – God of Lies – Blood Legion
3 – Sectioned – My Love of Decay
4 – Hereafter – The Final World War
5 – Hailgun – 10 on 1
6 – Twisted Fate – Sacrifie
7 – Tiran – Global Graveyard
8 – Kathgor – Morbid Death
9 – Hailgun – Denied

Side B

1 – Varathron – Behind The Mask
2 – Empheris – Unleased to Destroy
3 – Sickness – Cadaveric Putrefaction Necropsy
4 – Torch – Daroh Dagir
5 – Putrefied Remains – In Gloomy Darkness Mourning
6 – Wreckar – Born Bizzaro
7 – Bestial Hordes – Metal, Sex, Alcohol
8 – Tiran – Rise of the Antichrist
9 – DIED – Death By Leprosy

Atomicdeath memulakan dengan sebuah fast track bertajuk Forever Black Hell. Memang kena Atomicdeath menjadi band pertama kerana mood rancak dapat menambah keinginan pendengar untuk tidak sabar mendengar track2 berikutnya. Keseluruhan Forever In Black memang gempak!

God of Lies dari Blood Legion punya elemen Old Skool Death metal yang sangat kental. Mid tempo yang mengingatkan zaman2 lama Old School Death Metal. Track diambil dari Promo Cd 2012. Dikhabarkan juga Blood legion sedang dalam usaha menghasilkan album penuh sekarang ini.

Sectioned sebuah band yang bermastautin di Hungary membawa konsep Death Metal. Mempertaruhkan track bertajuk My Love of Decay yang diambil dari album pertama bertajuk Purulent Reality 2010 kedengaran Sectioned antara band yang turut perlu diberi perhatian.

Hereafter membawa track The Final World War, penuh penangan Thrash Metal dan track ini diambil dari album mereka Endcient yang rilis 2012 dahulu. Meang gerek track ini. Hereafter juga antara band Thrash Metal tempatan yang pernah mengadakan persembahan di luar negara seperti Thailand.

Hailgun sebuah band Hardcore Punk dari Australia tampil dengan track bertajuk 10 on 1 dan juga Denied. Kedua2 track cukup bertenaga dan punya durasi yang singkat.

Twisted Fate band dari Australia dengan track bertajuk Sacrifie sememangnya sangat kental. Dengan konsep antara thrash ke Death Metal, Twisted Fate mampu menggegarkan gegendang telinga anda dengan music ciptaan mereka.

Тиран band dari Russia berkonsepkan Thrash Death Metal membawakan dua buah track iaitu Global Graveyard dan Rise of the Antichrist untuk kedua2 side.

Kathgor sebuah band Death Metal yang agresif tampil dengan track bertajuk Morbid Death. Merupakan sebuah band dari bandar Thrash Metal Kajang.pada gua band ini perlu menghasilkan sebuah album penuh memandangkan kedua2 demo tape yang dihasilkan sudah mencapai tahap terbaek dari segi mutu rakaman.

Varathron, band dari Greece yang tidak perlu diperkenalkan lagi muncul dengan track bertajuk Behind The Mask. Sebuah track yang diambil dari album Stygian Forces of Scorn (2009). Tidak perlu banyak ulasan untuk band yang semestinya sudah diketahui umum kejayaan mereka.

Empheris band bergenre Thrash Black Metal dari Poland ini tampil dengan track bertajuk Unleashed to Destroy. Pantas dan catchy track ini walaupun kedengaran agak Old Skool!

Sickness band dari selatan tanahair yang baru sahaja meriliskan album penuh tampil dengan sebuah track bertajuk Cadaveric Putrefaction Necropsy yang diambil dari album sulung mereka Necrosymphonies of Necropsy (2013).

Torch band pelik (klik untuk baca review kami terdahulu) muncul dengan track selftitle album penuh mereka bertajuk Daroh Dagir. Sebuah band yang seakan membawa konsep Folks Heavy Thrash Metal.

Putrefied Remains yang membawa konsep seakan Rotting Christ dan seumpama band2 bergenre Greece Metal tampil dengan single terbaru bertajuk In Gloomy Darkness Mourning yang turut dimuatkan didalam kaset single yang menggunakan tajuk yang sama. Terbaru Putrefied remains telah selesai proses rakaman dan kita bakal diperdengarkan dengan material2 terbaru mereka sedikit masa lagi.

Wreckar formasi pemuzik tanpa gitar tampil dengan track bertajuk Born Bizzaro. Merupakan band kepada owner label ini Faithcraf Productions, Wrecka telah menggegarkan johor pada gig yang telah berlangsung awal 2013. Adakah mereka bakal muncul dengan album baru tahun ini?

Bestial Hordes sepatutnya perlu diberi perhatian lebih. tampil dengan track bertajuk Metal, Sex, Alcohol kelihatan sememangnya konsep Black Thrash mereka menjadi. Sangat tight dan rancak permainan dari kesemua line up.

DIED band saduran DEATH yang diwujudkan oleh ex-Langsuyr iaitu Bentara yang bertindak sebagai frontman muncul dengan track bertajuk Death By Leprosy yang juga merupakan penutup kepada kompilasi ini. Terkini DIED diberitakan bakal mengeluarkan EP sulung mereka pada tahun ini juga.

Keseluruhan kompilasi ini boleh dikatakan ianya bukan menghidangkan sesuatu yang baru dari band kerana rata2 lagu yang terdapat didalam kompilasi ini telah dikeluarkan samaada demo, EP atau album band2 terlibat. Sesuatu yang menarik tiada jurang perbezaan dalam pemilihan band kerana terdapat band2 baru serta band2 terkemuka seperti Varathron. Seperkara yang menarik setelah meneliti kompilasi ini jelas menampakkan peningkatan rakaman dari band2 tempatan dan kesungguhan mereka dalam menghasilkan lagu2 berkualiti contohnya dari Atomicdeath (bakal tour Europe dalam masa terdekat), Kathgor, Hereafter, Sickness dan Bestial Hordes.

The Death Of Analog Psycho (Compilation 2013) untuk 1st press hanya dikeluarkan dalam kuantiti limited iaitu 100 copies dan telah pun sold-out. Oleh kerana masih ada permintaan, kami difahamkan pihak Faithcraft Productions telah mencetak semula untuk kali kedua dengan 100 copies lagi. Untuk anda yang terlepas mendapatkan cetakan pertama sebelum ni, peluang memiliki kaset ini masih terbuka. Segera hubungi Faithcraft Production melalui email dan laman facebook yang kami sediakan dibawah. RM15 postpaid!!!!

1 thought on “The Death Of Analog Psycho (Compilation 2013)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *