The Bollocks – Viva La Punk (2017)
Setelah menghasilkan full length “Society Collapse (2016)” dan menjayakan siri2 show/gig sempena album tersebut, The Bollocks dilihat begitu produktif dengan penghasilan material2 yang semakin ganas dan mengejutkan. Viva La Punk (2017) merupakan satu keluaran dari label Glord Records yang pada gua mereka antara label yang punya struktur management yang paling bagus setakat ini dengan pakej material berkualiti untuk format fizikal, laman bandcamp untuk digital juga laman web rasmi yang turut menyediakan khidmat jualan secara langsung. Berbalik kepada keluaran ini, Viva La Punk (2017) merupakan himpunan lagu2 yang merupakan rakaman terbaru, unrelease track dan rakaman live. Dihasilkan dalam format 7″ (vinyl) dan sold out dalam jangkamasa singkat dan keluaran kedua dalam format kaset yang melalui proses pressing di Eropah.
Tom (Guitars), Jun (Drums), Adik (Vocals/Bass)
Konsep oleh the Bollocks
Layout oleh Kimi (Inquiry Last Scenery)
Tracklist :
Kesemua track melalui proses mastering semula oleh Tom di Greenhouse Studio, Kuala Lumpur.
Kepada pendengar setia the Bollocks pasti mengetahui track ini asalnya terdapat didalam EP Revolution 1997. Viva La Punk untuk edisi ini adalah rakaman semula yang dibuat pada 2007 dimana Farid masih memegang posisi sebagai vocalist dan Fahmi diposisi drum.
Keeper of the Reins adalah rakaman studio secara live yang dilakukan juga pada 2007. Masih menggunakan anggota yang sama seperti track pertama. Ini sebuah track yang yang kental, kedengaran sudah menjurus kearah Metal namun pengaruh Discharge semestinya dapat dihidu. Ini antara track pilihan gua. Jitu, permainan pantas dan keras!
Politician adalah track yang terkandung didalam Revolution (EP1997). Untuk versi ini, track ini diambil dari rakaman live di Piccadilly, Damansara Jaya pada 1996. Farid, Tom dan Adik masih bersama namun Khuzai adalah pemain drum untuk fasa ini.
System of Hate pada gua punya feel seperti Keeper of the Reins. Ini adalah rakaman sekitar 2014 bersama line up terkini The Bollocks. Boleh rasanya dikatakan ini antara unreleased track dari The Bollocks. Juga ini adalah antara track pilihan gua!
Bitch II adalah rakaman yang dilakukan sekitar 1995/96 di Dreamwalk Studio, Kuala Lumpur oleh Bullet. Sebuah track yang agak sedikit happy go lucky dan yang menarik line up kali ini berubah dari segi instruments dimana farid masih diposisi vocal manakala Tom sebagai bassist, Adik sebagai drummer dan Najib sebagai gitarist.
Chaos KP adalah antara track nostalgia yang diambil dari demo 1994. Versi ini adalah rakaman live yang diambil dari gig pertama The Bollocks bertempat di Piccadilly, Damansara Jaya sekitar 1995. Line up terlibat masih seperti line up untuk track Bitch II. Chaos KP mengingatkan gua pada lagu “Obat” yang turut dibawa secara live didalam demo 1994.
Sepanjang Viva la Punk dimainkan, ianya seakan menyaksikan progress The Bollocks dari awal penubuhan, perubahan kepada sound yang lebih keras dan konsep terkini The Bollocks. Gua menyukai lagu2 pantas The Bollocks yang keras dan adakalanya seperti mendengar material dari band Metal (Max Cavalera dari zaman Sepultura lagi dah minat Discharge). Keeper of the Reins agak membuatkan gua terkejut kerana ini adalah material lama the Bollocks tetapi tidak terkandung didalam album Revival yang cukup keras yang released setahun kemudian iaitu pada 2008. Juga System of Hate yang ternyata cukup straight forward dan bertenaga. Gua pelik kenapa track ini tidak terkandung didalam album Society Collapse? Adakah kerana track ini jauh lebih keras dari track2 terkandung didalam album tersebut? Mungkin The Bollocks sahaja ada jawapannya.
Viva La Punk dikeluarkan dalam format vinyl (7″) sebanyak 2 kali dan sold out bagaikan pisang goreng. Kepada yang terlepas format vinyl, kini Glord Records mengeluarkan untuk kali ke 3 namun didalam format kaset/tape dan ianya masih lagi dalam format analog! Hubungi Glord Records sebelum format kaset juga tinggal habuk.
Glord Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp
nice review..