Symbtomy – Demo #1 [Demo, 2020]

0

Saya mempunyai soft spot untuk band-band Old School Death Metal generasi baru. Dengan mengagungkan sound pedal HM-2 (atau nama lain tone gergaji, Sunlight Studio antaranya) dan berbunyi punkish, sukar nak menolak aura yang dipersembahkan oleh band-band baharu OSDM.

Symbtomy, sebuah unit OSDM pelbagai negara, menyifatkan projek mereka sebagai homage kepada hero-hero OSDM. Demo #1 keluaran mereka adalah bukti kepada ini. OSDM yang diadun dengan influences dari era emas Swedish Death Metal dan dikemaskini dengan gaya era 2020 yang buat saya cukup excited, tambahan pula dengan kehadiran 3 pemuzik undangan dari Interment, Wombbath, dan Revel in Flesh.

Riff-riff yang dihidangkan dalam ‘Demo #1’ memang agresif dan bermelodik sambil meniti influences OSDM. Clearly, Symbtomy cekap menulis riff yang catchy, terutamanya di trek utama yang ribut tak ingat. Dan juga solo-solo yang well thought, bukan sekadar noodling atas fretboard nak kasi bunyi sedap. Saya menyukai semua elemen dalam demo ini masing-masing sangat berkeupayaan mengawal instrumen masing-masing dan menjadikan Demo #1 satu terbitan yang vicious dan kreatif yang bukan copy bulat-bulat influences mereka. Ada beza ya antara homage yang recycle influences dengan homage yang menggunakan influences untuk innovate.

Saya cuma ada satu complaint. Sekalipun drumming dalam Demo #1 adalah brilliant dan garang dengan pedal berkembar dan occasional blastbeat, saya mendapati tonenya terlalu bersih. Saya kira sebab ini adalah OSDM, mungkin adalah lebih kick ass sekiranya mempunyai tone yang lebih raw dan unpolished. Namun ini sekadar preference saya. Peminat OSDM, jangan terlepas mendengar band yang berpotensi jadi lebih besar dalam setahun dua ini!

Demo 1 kini terdapat dalam format kaset dan muat turun digital.

FFO: Dismember, Entombed, Bloodbath

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected