Jarang band yang mengeluarkan hasil rakaman dengan trek tunggal sebagai EP atau full length yang berjaya. Swallow the Sun pernah mengeluarkan EP Plague of Butterflies dengan satu trek yang memakan hampir 35 minit. Saya sebenarnya agak distracted dengan lagu yang panjang-panjang. Selain daripada buat mengantuk, saya dapati lagu panjang mampu membuat minat hilang dengan pantas. Jadi apabila menerima EP sulung daripada duo Black Metal Australia ini, saya berdoa agar saya tidak terlelap separuh jalan mendengar EP mereka ini.


1. Apocrypha

Satu trek saja. Sama ada you make it or break it. Tempat asal dan gaya Atmospheric Black Metal bawaan mereka mengingatkan saya kepada Austere dan Woods of Desolation. Namun jangkaan saya meleset apabila mendengar Apocrypha. Ternyata elemen atmospheric yang dibawakan adalah menggerunkan dengan gemaan feedback dan gitar yang ada terselit gaya blackened death metal. Saya cukup geram dengan paluan drum di minit-minit awal yang garang, walaupun sebenarnya menggunakan program dram.

Memang benar EP ini mengandungi satu trek sahaja, tetapi selepas mendengarnya, saya boleh mengagak Apocrypha dipecahkan kepada beberapa bahagian yang seamless tapi boleh dibezakan dengan perubahan tempo dan interlude in between parts. Bahagian terawal memanfaatkan elemen atmospheric dengan kelajuan Blackened Death Metal, ada bahagian yang berbunyi sedikit progressive rock sebelum meletus kembali kepada ferocity bergaya Black Metal. Pada bahagian terakhir, ia lebih kepada bahagian gitar yang mengulangi chord yang sama, diselangi tiupan didgeridoo dan noise yang menutup Apocrypha dengan mood agak doomy. EP ini adalah promising untuk keluaran pertama Somnium Nox dengan gaya Atmospheric Black Metalnya yang terrifying dan misteri. Brownie point untuk kemunculan didgeridoo!



Maklumat lanjut Somnium Nox di sini.
Layari Facebook Somnium Nox di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected