Denominate – Those Who Beheld The End (Full Length, 2016)

0

Saya bukanlah peminat tegar Tech Death Metal, malah saya mempunyai love-hate relationship dengan genre ini. Saya menyukai Nile, Cryptopsy dan Origin, tapi ada masanya berbulu juga dengan terlalu banyak skill ditunjukkan. Necrophagist pula terlalu soft walaupun teknik mereka mindblowing. Saya menerima promo Denominate dalam sebulan dua lepas. Band Finland yang menerapkan Technical Death Metal ini membuat saya berfikir banyak kali nak mendengar. Sama ada terlalu teknikal untuk tahap kefahaman saya atau langsung tak sedap nak layan. Lama juga masa diambil dan nak dihadam, jujur saya cakap!

1. In a Chasm of Stone
2. Degradation
3. Penumbra
4. The Demented Scholar of Abatos
5. Torments of Silence
6. Apeirophobia
7. Terrestrial Funeral

Trek pembukaan In a Chasm of Stone bermula garang dan menghidangkan perisa Technical Death Metal yang biasa diharapkan. Denominate memang pakar dalam apa yang mereka tahu. Berbelit-belit, tricky dan brutal. Sememangnya boleh buat kaki Tech Death jadi terpesona, saya jamin. Pelbagai pengaruh daripada gergasi Technical Death Metal boleh didengar termasuklah pengaruh daripada genre-genre lain. Traces daripada gaya Death, Atheist dan Suffocation boleh didengar. Masalah dengan band yang membawa terlalu banyak influence dalam permainan mereka ini, ada masanya menjadikan hasil mereka terasa tidak original dan charming. Saya tidak menolak Denominate mengalami sindrom yang sama. 

Saya tidak mengatakan mereka tidak hebat. Permainan mereka memang top of the game dan relentless, tetapi ketiadaaan charming dalam album ini menjadikan Those Who Beheld The End seakan-akan tawar. Ditambah pula dengan dinamik antara trek yang hampir sama menjadikan album ini hambar menjelang di pertengahan. Bagi saya cara terbaik untuk menikmati album ini adalah dengan tidak mendengarnya sebagai satu album. Saya memilih untuk memilih beberapa trek untuk didengar dan barulah terasa ability mereka menyerlah. Apalah guna jika seluruh trek penuh dengan sikit-sikit nak menunjuk skill tetapi berakhir dengan semua trek berbunyi hampir sama. Jangan ambil pendapat saya ini bulat-bulat, apa kata anda dengar sendiri ya?

Trek dicadangkan: In a Chasm of Stone, The Demented Scholar of Abatos, Torments of Silence, Terrestrial Funeral.

Untuk peminat: Atheist, Origin, Obscura

Dapatkan Those Who Beheld The End di sini.
Ikuti perkembangan terkini Denominate di sini.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected