Silent Descent: Metal untuk Kaki Clubbing?

0
Kali ni gua nak bawak kat lu orang pasal Silent Descent. band yang berasal dari Dartford, United Kingdom ni membawa satu genre metal yang sangat odd yakni Trance Metal. Pergh, trance campur metal(terarah ke melodic death metal ala Gotherburg)! Dalam kepala gua duk bayang cemana reaksi mamat trance bila dengar Silent Descent lol! Trance Metal bagi gua adalah satu lagi wave dalam genre metal setelah NWOAHM (New Wave of American Heavy Metal) dan New Wave of Folk Metal (di Eropah terutamanya), tapi tu hanya gua ah yang assume. Kalau nak baca pasal Trance Metal ni, boleh pergi Google atau Wiki sendiri, gua tak nak cerita.

Bila sebut Silent Descent, ada 3 perkara yang boleh bikin orang garu kepala:

  1. Mereka memainkan music melodic death metal yang bercampur baur dengan trance, hence Trance Metal
  2. Ada close association dengan metalcore
  3. band ni ada turntablist / DJ! (Slipknot anyone?)

Personally gua sebenarnya tak familiar dengan genre Trance Metal ni, yang pada gua merupakan bastard child dalam movement Metal heheh. Ye ah, jauh gila kot dari music trance pastu bercampur dengan Metal. Paling kuat yang gua tau pun industrial metal (industrial ada kaitan dengan trance) macam yang gua layan seperti Aborym (Itali), Samael baru (Swiss) dan ...And Oceans/nama barunya Havoc Unit (Finland). Tapi semua yang gua sebut tadi semuanya berpaksikan Black Metal dan berbunyi grim serta cold, berbanding SD yang jelas lebih err..danceable kot.

So setakat ni Silent Descent (lepas ni akan dipanggil SD) sudah release sebuah full length yakni Duplicity. Selain daripada tu SD juga release sebuah EP sebelum Duplicity yang self titled. Tahun ni jugak SD release Duplicity Remix EP, yang diremix oleh DJ terbaru diorang selepas DJ asal diorang blah. Pada gua Remix Ep ni memang reflect unsur aesthetic trance diorang. Ye ah, biasa ah dalam dance scene ni bikin remix, kan? Dalam Metal jarang rasanya.

Kalau lu orang expect something original dalam SD memang korang takkan jumpa apa-apa. Kekuatan SD pada gua hanyalah unsur-unsur trance (dari kibodis) serta scratching works dari DJ diorang. Kalau buang unsur-unsur yang gua sebut tadi, yang tinggal hanyalah riffing-riffing melodeath ala Gothenburg yang clearly berbunyi seperti In Flames rip off. But nonetheless, mana nak cari originality sekarang kan? Yang ada hanyalah improvise improvise dan improvise! Vokal works pulak banyak alternate dengan dengan harsh dan clean vokal. Tom Watling berbunyi macam menggunakan teknik inhale dalam growl dia, sesuatu yang common dengan style vocal band-band deathcore skang, walaupun takde la ke tahap bree bree piq squeal.

Manakala clean vokal macam less inspiring pulak, berbunyi macam teenage whining! Tapi mungkin sesuai la dengan tema yang dibawak yang rata-rata pasal personal struggle, kekecewaan etc (yang dari segi ni, dilihat lebih dekat dekat gaya lirik band-band metalcore sekarang). Dari segi instruments pulak, macam gua cakap tadi takde yang special sangat. Gitaris menjalankan duty yang sepatutnya, dan banyak mempamerkan style In Flames (palm muted, all the typical shits of melodeath), dan gua naik heran ni, apasal bunyi bass tak dengar? As if macam almost absent atau boleh dikatakan buried in the mix. Sama jugak macam turntable, bunyi scratching macam jelas tak jelas aje. Keyboard works banyak menyelamatkan album Duplicity dari terus lemau kebosanan. Mesti ah kan, kalau takde keyboard, dari mana nak dapat sound trance? At times, keyboard nya berbunyi sangat epik, almost like symphonic black metal punya feel and then masuk balik ke bunyi trance yang kacau bilau.

Silent Descent terdiri daripada:

Tom Watling – Vokal utama
Tom Callahan – Gitar/vokal latar
Paul Hurrell – Keyboard/synth/vokal latar
Kipster – DJ, Samples
Jack Oxley – Gitar utama/vokal latar
Jimmy Huang – Bass
Dave Carter – Dram

Duplicity full length, 2008

Album Duplicity yang dikeluarkan pada tahun 2008 mengandungi 11 trek yakni:

Anagram
Beyond Grey
I Can. I Will.
Bleed in Trust
Duplicity
Blood Fucked
Prepare to Fly
Hitting the Ground
Failure
Living in False Eternity
In the Skies

Trek pilihan gua adalah Beyond Grey, Duplicity dan Hitting the Ground.

Beyond Grey adalah menarik sebab scratching works dia best! Pastu clean vocal untuk lagu ni boleh blah jugak la. Tapi sumpah vokal Tom Watling ni dengar balik banyak kali naik menyampah, macam monotonous! Nasib baik diselamatkan oleh backing vocal /clean vokal yang cukup berperisa. Bagi gua, the real hero untuk trek ni adalah turntable dan kibodnya!

Duplicity jadi faveret gua jugak sebab selain sebab jadi title album, elemen trance paling kuat muncul dalam lagu ni berbanding lagu-lagu lain. Dah check video musicnya? Campy!Pontianak perempuan dalam club malam dengan dance pole? Dah macam dalam movie From Dusk Till Dawn pulak.Trek Duplicity adalah penyelamat untuk album ni.

Hitting the Ground adalah pilihan gua sebab ia adalah sebuah trek instrumental. Menariknya dia bawak feel yang berbeza dari trek-trek lain. Ia berbunyi lebih epik, dan at times macam ada feel macam dimainkan oleh band symphonic black metal, kalau bunyi chugging guitarnya dibuang heheh.

Silent Descent – Duplicity

Pros:

-Elemen trance yang dibawak nampak seimbang dengan melodic death metal. Keyboardist banyak menyelamatkan flow dari jadi stale.

-Boleh jadi alternatif untuk yang nak cuba berubah dengar genre Metal yang baru

-Solo gitar yang boleh tahan, tak lemau dan takde menunjuk-nunjuk

-Production yang agak clean

Cons:

-Bass hampir tak kedengaran dalam semua trek

-Turntable pun macam buried in the mix

-Takde trek yang betul-betul memorable melainkan trek Duplicity.

-Vokal inhale Tom Watling monotonous dan tak punchy


-Mixing kurang cantik, ada instruments yang kurang jelas

Rating: 6/10

Gua mengaku Trance metal bukanlah cup of tea gua, sebab tu gua cakap takde lagu yang betul-betul memorable kecuali title track tu. tapi cuba lu orang dengar sendiri,barangkali lu orang akan suka lah. Mungkin Silent Descent akan mampu menarik mat-mat trance (shuffle geng trance gak ke eh?) untuk dengar metal dan mat metal agar menyukai trance, sapa tau kan? Silent Descent boleh dicapai di sini

addendum by ed:

Ada beberapa band Trance Metal yang mungkin worth untuk lu orang check macam Blood Stain Child (Jepun) dan Lost Eden etc.

Kredit foto:

-Facebook Silent Descent
Metal Archives

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected