Sickness merupakan sebuah band dari selatan tanahair.. telah wujud sejak 1995, menghasilkan 2 buah demo pada 1996 dan 1998. Dengan membawa konsep Goregrind, pada 2013 mereka tampil dengan sebuah album penuh di bawah label Grundar Productions dimana album yang memuatkan 10 buah lagu ini diberi tajuk Necrosymphonies Of Necropsy. Ianya telah rilis ketika tour 3 hari Grundar Death Fest yang berlangsung pada 1-3/2/2013 di 3 buah negeri iaitu Johor, Penang dan Selangor.
Seni konsep oleh Jake Layout dan design oleh Ah Fad Sick Idea & Gore Design.
Tracklist :
1 – Post Autopsy Decomposition
2 – Cadaveric Putrefaction Necropsy
3 – Pungent Reek Of Incinerated Carnage
4 – Congenital Carnal Abuse
5 – Psychopathology
6 – Urogenital Evisceration
7 – Virulent Jugular Mess
8 – Disgorgement Of Innards
9 – Endoparasitical Maggot Infestation
10 – Dismemberment – A Forensic Obscurity (Instrumental)
Jake – Vocals/Guitar
Shah – Guitar
Aizal – Bass
Fard – Drum
Necrosymphonies Of Necropsy menjalani proses rakaman di Gore Morgue Studio sekitar November 2012. Proses rakaman & adunan diselenggara oleh Bob Morgue Keeper Agigi. Diterbitkan oleh Sickness dan Grundar Production.
Post Autopsy Decomposition bermula dengan sample dialog yang mencecah 1 minit lebih sebelum music Sickness menjelma. Walaupun permulaan lagu agak kedengaran mendatar flow music nya namun apabila verse pertama muncul bersama ngauman dari Jake, gua seakan mendengar produk dari band2 dari Indonesia. haha.. Namun Sickness punya ramuan tersendiri dari segi komposisi lagu2 mereka.
Cadaveric Putrefaction Necropsy turut bermula dengan sample suara tetapi tidak meleret seperti track pertama tadi. Kali ini terasa sedikit merbahaya riffing dari Sickness. dapat dihidu sedikit teknikal dari drummer Sickness yang memainkan sedikit off-beat dalam permainannya.
Pungent Reek Of Incinerated Carnage masih menggunakan sample suara sebagai intro. Keberanian menghasilkan riffing berbentuk odd signature (walaupun tidak keterlaluan) harus dipuji terutama pada pertengahan lagu serta pada bahagian rhytm solo gitar dimainkan.
Masih menggunakan sample percakapan sebagai intro, Congenital Carnal Abuse menjadi track keempat dimana riffing gitar yang sedikit kedengaran seperti Suffocation sebelum ngauman Jake pada verse pertama. Ya lagu ini track gitarnya agak menarik. Masih berani memainkan stroke yang pelbagai dari drummer dan lagu ini kedengaran agak brutal dari track2 terdahulu.
Psychopathology bermula menarik tanpa intro sample. Beberapa riffing menarik menampakkan penangan Death Metal tegar. Ngauman jake makin merbahaya untuk track ini.
Urogenital Evisceration kembali bermula dengan intro sample sebelum penangan Death Metal menggegarkan track dengan tujahan riffing dan hentaman drum yang bergaya.
Virulent Jugular Mess antara track yang kental dengan gaya Death Metal. Stroke drum yang menarik menjadi tunjang kepada riffing separa teknikal. Sebuah track yang kuat pengaruh Old Skool nya. Merupakan track bervocal terpendek didalam album ini.
Disgorgement Of Innards pada dasarnya punya mood yang sama seperti track sebelum ini. Pantas, keras dan padat. Perubahan mood yang berjaya dimainkan dengan baek sekali. Seakan mendengar lagu2 dari Cannibal Corpse pula rasanya. Ok, gua memilih track ini sebagai track pilihan terbaek gua.
Endoparasitical Maggot Infestation merupakan track bervocal terakhir didalam album ini. Agak huru hara mood lagu ini walaupun verse nya agak mendatar flownya kecuali riffing2 ribut mereka. Ok, solo gitar untuk lagu ini sangat bagus dan kena dengan mood lagu yang kental.
Dismemberment – A Forensic Obscurity (Instrumental) merupakan sebuah track tidak bervocal tetapi masih punya beberapa ngauman Jake dan disertakan sample percakapan.
Secara keseluruhan pada pandangan gua, Sickness merupakan sebuah band yang punya struktur penciptaan lagu yang sama (boleh jadi untuk lagu2 baru) dimana Sickness banyak bermain dengan perubahan mood yang mendadak yang membuatkan flow lagu tiba2 berubahan contohnya dari laju ke perlahan. Juga paling ketara pertengahan lagu (tracklist) sehingga track terakhir adalah antara trak2 yang agak garang dengan permainan kental dan padat berbanding lagu2 awal. Penggunaan sample percakapan sebagai intro mungkin boleh dikurangkan pada rakaman selepas ini kerana hanya sebuah lagu rasanya yang tidak ada penggunaan sample percakapan ini.
Dari segi sound produksi rasanya masih boleh dipertingkatkan pada masa hadapan. Pada gua, jika sound gitar dapat diberatkan lagi mungkin hasil yang lebih power dan meletup bakal terhasil. Pemain drum berjaya mempelbagaikan stroke2 dan mampu memainkan beberapa offbeat yang tidak keterlaluan.
Seperkara bila terlihat pengaruh Carcass dinyatakan antara yang diserapkan didalam music Sickness, gua (yang turut pernah menonton) cuba membandingkan dengan sebuah lagi band Technical Death Metal tempatan iaitu Profane Creation. Kesimpulannya gua dapati sound overall dan feel Sickness jauh lebih old skool dari apa yang dihasilkan Profane Creation. Teringat kata2 Jake (Vocal/Guitar) baru2 ini ketika show di Penang “lagi lama lagi bagus”.. Hahaha ya sound old skool jelas dapat dihidu dalam setiap komposisi lagu2 Sickness.
Dapatkan Necrosymphonies Of Necropsy (beserta pakej sticker dan poster) dengan harga RM15 by hand atau RM20 by postage dengan berhubung dengan Grundar Productions. Kenali Sickness melalui link2 yang kami sertakan di bawah ini. Thanks…