Shadowflag – In Asylum Requiem [Full Length, 2020]
Ada sesuatu yang magik tentang 2nd Wave Black Metal yang membuatkannya terus dipuja peminat segenap dunia. Adakah aura evil dan feel ‘sejuk-sejuk, hutan-hutan’ yang dibawakan membuatkannya cukup appealing kepada anak-anak muda rebellious? Saya pun tak pasti, yang penting movement ini terus menjadi blue print kepada band-band yang baru nak bermula.
Ini barangkali yang menjadi kiblat kepada Shadowflag, sebuah band Black Metal dari United Kingdom. Mereka telah mengeluarkan abum terkini berjudul ‘In Asylum Requiem’ melalui Clobber Records yang jelas berinspirasikan sound Black Metal Scandinavia; tremolo picking bermelodi yang dingin dan jahat serta teriakan tajam (di samping wailing di beberapa tempat).
Namun saya perasan rata-rata trek dalam ‘In Asylum Requiem’ lebih kepada mid-paced (ada satu dua trek saja yang menderu bagai nak gila). Okey jugak Black Meta yang tak menggila sangat pace ni, sekurang-kurangnya saya dapat la enjoy tanpa perlu beria-ia fokus pendengaran. Kebanyakan trek ‘In Asylum Requiem’ terasa familiar (untuk mereka yang dengar Black Metal Scandinavia), namun trek terakhir membawa dinamik yang berbeza dengan build up dan kaya dengan bunyi strings/orchestra (dari keyboard kot) dan letusan Black Metal.
In Asylum Requiem’ terasa pendek dengan 6 trek yang dihidangkan. Jelas sekali album ini memuja 2nd Wave Black Metal to the bone, dan ini menjadi flaw mereka yang paling jelas; ketiadaan inovasi untuk move forward dan mencipta identiti. Saya tidak menyangkal kualiti produksi yang agak bagus dan jelas, saya cuma tidak berkenan dengan songwriting yang expected serta approach yang tried and tested. Sebenarnya tiada masalah sangat pun, mungkin saya yang terlalu cerewet?
In Asylum Requiem terdapat dalam format CD, kaset dan piring hitam.
FFO: Mayhem, Khold, Satyricon