Senandung Pawer Kord – Saduran Pop 80’an Oleh Kugiran Perasan (2009)

0

Anda mahu irama retro??? lagu2 zaman kecik2 dulu? dan dibawa oleh band2 yg rata2 nya lagu2 yg di”cover” mereka ini menjadi santapan telinga mereka tika mereka masih berbasikal ke sekolah rendah dahulu.. heh.. Senandung Pawer Kord – Saduran Pop 80’an Oleh Kugiran Perasan (2009) merupakan tajuk kompilasi yang mengenengahkan 17buah band yg membawa pelbagai genre dari pop, ska, alternative, indie dan punk. Sebuah rilisan dari Nervhous Records, Pissart Records dan Red Ink Ent.

Sempoi gila cover kompilasi ni.. haha
Oleh Napi Stick No Bill
Orait berbalik kepada isi kompilasi ini..
17 buah band digabungkan bersama 17buah lagu yg majoritinya boleh dikatakan evergreen. OK, gua tulis dulu tracklist kompilasi ini..
1. T.I.M – Dia (Sheila Majid)
2. Carbon 4 Teen – Gadis Ayu (Black Dog Bone)
3. Toxictoy – Antara Cinta dan Kasih (Aishah)
4. 679 – Chow Kitt Road (Sudirman)
5. Half-Asleep – Sinaran (Sheila Majid)
6. Skunkfix – Masih Aku Terasa (Gersang)
7. Killing Steward – Basikal Tua (Sudirman)
8. The Liberals – Penganggur (Sudirman)
9. Soul Savior – Khabar Buat Ibu (Alleycats)
10. Stick No Bill – Hanya Di Radio (Headwind)
11. Cock Say Cock Dung – Suratan Takdir (Gersang)
12. Sally Faerie – Wajah Rahsia Hati (Fauziah Ahmad Daud)
13. Always Last – Persamaan (Freedom)
14. Geng Gemok Keji – Hingga Akhir Nanti (Alleycats)
15. Moda Moody – Gadis Dan Bunga (Rahimah Rahim)
16. Sleepyjeremy – Ayahku Dan Angkasawan (Kembara)
17. Dum Dum Tak – Rupa Tanpa Wajah (Kembara)
Ingin dinyatakan disini kompilasi ini sebenarnya terdapat 2 track intro dan outro yang menggunakan background channel radio dan dicelotehkan dengan rakaman permintaan lagu.. idea yg kena dengan konsep kompilasi ini.

Lihat saja tracklist diatas. Lagu2 menarik dari Sheila Majid, Rahimah Rahim, Ogy, Alleycat, Allahyarham Sudirman, Headwind, Gersang dan banyak lagi..

Gua rasa kalau nk review semua lagu mau jugak terjuih lidah nk baca dan terkehel jari gua nk taip.. so gua amik 5 lagu terbaek bagi pendengaran gua ok.. Bukan bias terhadap band2 yg kurang attrack telinga gua tapi 17 track beb!!! haha..

First gua sangat tertarik pada band T.I.M yang membawa lagu Dia dari lagenda jazz negara Sheila Majid. Satu arrangement menarik yg dirock kan. Permainan instrument juga baik serta idea tribute yg segar. Gaya nyanyian dari vocalist band ini juga tidak keterlaluan dan berjaya membawa lagu ini dengan baik.

Moda Moody membawakan lagu popular Rahimah Rahim bertajuk Gadis dan Bunga. Alunan vocal wanita dari band ini membawa dimensi baru terhadap lagu ini. Muzik yang dibawakan punya unsur pop ska.

Skunkfix band yang membawakan lagu popular dari kumpulan Gersang bertajuk Masih Aku Terasa agak menonjol dengan susunan yang lebih laju namun kena dengan tempo dan mood lagu ini. Kemampuan pengawalan intrument juga meyakinkan. Solo yang disesuaikan dengan mood lagu kedengaran menambah kekutan pada arrangement lagu ini.

Carbon 4’Teen yang membawakan lagu Gadis Ayu juga perlu diberi perhatian. Dengan intro lagu yang menarik membuktikan mereka punya idea untuk memberi perisa yang cukup untuk lagu evergreen dari Black Dog Bone ini. Solo yang direndahkan level dikala chorus lagu kena dengan lagu yang dinyanyikan. juga penyampaian vocal oleh penyanyi band ini berjaya menghidupkan lagu ini.

Sallyfalrie membawakan lagu dari Fauziah Ahmad Daud bertajuk Wajah Rahsia Hati mengingatkan gua pada filem2 klasik lakonan Ogy. Namun pada gua bakat band ini boleh digilap lagi dimasa hadapan terutama lenggok vokal penyanyinya dan juga kawalan instrumen oleh line up band ini.

Selain 5 lagu diatas masih terdapat banyak lagu menarik malah kesemua band terlibat punya bakat dan idea seperti 679 yang membawa lagu Chow Kid Road dengan gaya ska yang laju. Soul Savoir yang punya melodi menarik pada vokalisnya untuk lagu Alleycats iaitu Khabar Untuk Ibu. Dan juga Half Asleep yang benar2 mentribute kan lagu Sheila Majid ke irama punk bawaan mereka. haha..

Mutu rakaman untuk kompilasi ini boleh lah dibanggakan mungkin budget yang ciput mengurangkan hanya sedikit kualiti rakaman nya namun masih berbaloi untuk telinga2 yang cerewet untuk menilainya.

Cd ini juga didatangkan dalam bentuk booklet 12pages yang setiap band terlibat punya halaman masing2 dan yang menariknya dinyatakan kenapa mereka memilih lagu2 tersebut untuk di bawa mereka. Design cakera padatnya juga kena dengan mood retro kompilasi ini. Seakan sebuah piring hitam. yeahhh!!!

Satu idea menarik dari Nervhous Records, Pissart Records dan Red Ink Ent.
Ok,  untuk mendapatkan kompilasi “segar” ini anda boleh menghubungi Nervhous Records, Pissart Records dan Red Ink Ent. dengan harga Rm15 (by hand)/RM16 (by post). Malah CD kompilasi ini juga dijual oleh label2 lain seperti Revulsion Records
Orait diharap penangan lagu2 evergreen ini dapat mengubat rindu anda pada nostalgia2 silam!!! yeahh!!
Rate : 7/10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *