Rip Off: Elemen yang tak perlu dalam scene

3
Industri muzik ni, macam jugak industri lain, mempunyai ramai individu yang busuk hati dan suka ambil kesempatan. Selain daripada golongan yang suka download muzik tapi tak mau beli ori tapi claim fan no 1 sesebuah band dan jugak kaki backstab sesama sendiri dalam scene, terdapat juga satu kategori individu (atau berkumpulan) dalam scene yakni rip off. Istilah rip off ni kalau dalam music memang meluas dan tak terhad pada satu-satu kumpulan tertentu.
Ada main gig untuk duit, ada yang saja-saja main tanpa bayaran!
1. Organizer gig
Rip off boleh wujud dalam bentuk organizer gig. Katakan la lu ada band pastu le nak sangat main gig. Sekali ada orang ajak lu main dalam satu show, dan dijanjikan pulak bayaran. Cun! Jadi lu accept tawaran tu dan mula berlatih bagai nak rak. Dari tempo terabur sampai tahap solo keluar api semua sudah improve semata-mata gig ni. Gig pun dah berlalu, band lu pun dah main dan rasanya ada gak la dapat 3,4 orang groupies dan dah mula ada tanya fan page band lu kat FB. Tapi alangkah, bila nak dapat payment? 5 bulan dah berlalu, tapi senyap je. Bila tanya si organizer buat senyap je, takpun cakap tengah uruskan pasal pembayaran dan macam-macam alasan lagi. Tapi dia duk rancak buat gig lain. Kemungkinan besar, lu orang dah kena rip off dengan organizer. Avoid orang macam ni.

Takde kaitan pun dengan point ke-2, tapi macam best plak tiba-tiba ada komik.

2. Label
Band lu orang dah sedia nak rilis stuff. EP lima lagu. Cun sangat lah, orang pun dah tanya bila nak rilis. Tapi alamak ai, sen kurang pulak nak rilis banyak-banyak.Sekali ada pulak label yang namanya tak pernah dengar offer nak rilis CD band lu orang. Jadi termeterai la offer untuk rilis stuff lu tu dengan in return lu dapat la bayaran cash yang difikirkan sesuai atau pun label akan bagi sejumlah copy CD yang diterbitkan kelak.Good deal kan? Beberapa bulan berlalu, CD lu orang dah rilis, pehh dapat pulak review sana-sini bagus kata band lu orang main tight kena plak konsep cun. Tapi satu je, sampai sekarang bayaran atau pun CD tak dapat-dapat. Bila email dan contact, haram takde nak jawab.Kalau jawab pun  nak tak nak je, siap macam-macam alasan. Malang sekali, lu orang kemungkinan dah kena rip off. Hasil kreativiti lu orang senang-senang je dia amik, lu duk nganga je. Avoid label macam ni.
Mai pilih seleksi dari distro sayeww.Bank in dulu nanti wa pos!
3.Distro
Lu tengok mamat ni punya distro punyalah banyak merchandise dia jual, dari kaset sampai le ke patches. Hajat di hati nak angkat barang sekeping dua CD dan sehelai hoodie. Lu contact distro ni dan nyatakan hasrat hati nak beli. Ok, dah set deal, duit pun dah bank in jadi lu pun duk tunggu hari-hari depan rumah. Sebulan….dua bulan…lima bulan. Harammmm sekali, barang ditunggu tidak kunjung tiba. Dari excited jadi rasa menyampah. Lu contact distro tu, dia cakap dia dah post. Dari sini ada dua kemungkinan, sama ada lu takkan dapat package lu tu atau pun lu dapat tapi mungkin kurang dari yang dibargain, macam contoh lu beli kaset 3 keping, dapatnya 2 saja. Tu dah kira rip off la tu. Avoid distro yang buat keja camni.
Zaman sekolah dulu sibuk kumpul knowledge. Kira kalau baca zine ni dah cukup knowledgeable la.
4.Zine
Ada sorang mamat ni cakap dia nak keluarkan zine. Maka mula la dia hulu hilir mintak stuff kat orang dalam scene,katanya nak review.Mintak ye, bukan beli.Siap ada pulak mintak merchandise lain, pulak tu janji nak trade ngan stuff dia. Maka dengan semangat untuk membangunkan scene, lu pun hulur la demo band lu, siap dengan t shirt band lu. Tunggu punya tunggu, zine pun tak nampak, mamat tu pun tah hidup lagi ke tak. Masalahnya skang lu dah hantar macam-macam kat dia kasi review, pehhhh kena tipu sial. Avoid orang-orang macam ni!
Konklusi
Dalam perkara macam ni, kata kuncinya adalah berhati-hati. Yang penting ask around, tanya orang-orang dalam scene, selidik dulu. Kat internet memang ada list-list label,individu yang suka rip off. Jangan terima offer yang nampak too good to be true. Dan akhir sekali, semuanya terpulang kat diri sendiri.
P/s: By the way, gua bercakap ni dari perspektif scene metal, gua tak tau la scene la macam mana. Bagus jugak kalau lu orang boleh bagi feedback terhadap isu ni.
Photo credit:
-sendbackmystamps.wordpress.com
-thebloomeffect.wordpress.com
-strugglingmuso.wordpress.com
-Wikipedia
Semua sumber adalah diambil tanpa kebenaran dengan tujuan pendidikan (kahkah poyo!).

3 thoughts on “Rip Off: Elemen yang tak perlu dalam scene

  1. INI BETUL2 TERJADI BRO..ALHAMDULLILAH LABEL AKU TROOPER ART REGIME DISTRO XBUAT MACAM TU.. KEBANYAKAN BAND DARI MALAYSIA AKU SIMPAN STUFF DEPA WALAUPUN BUKAN SEMUA..SELALUNYA BAND2 DALAM SIMPANAN AKU DULU AKU JEMPUT UNTUK JOIN KOMPILASI BORN IN DARKNESS SAMPAI SEKARANG DAH SAMAPI VOL.7 (IKUT TURN NAK KELUAR) – SETAKAT NI DH KUAR SAMAPI VOL.3 (SEMPAT LAGI PROMOSI NI HEHEHE)..KALO LAGU2 UNRELEASED MEMANG XDA DALAM SIMPANAN.. KEPADA2 ORNG2 YANG TERLIBAT ATAU TERMASUK DALAM GOLONGAN DINYATAKAN DIATAS HENTIKANLAH XMENGUNTUNGKAN SCENE LANGSUNG.. JAHANAM LAGI ADA LA…TERIMA KASIH SEBAB BERI RUANG UNTUK AKU BERI PENDAPAT KAT SINI..

  2. thanks bro, gua tak yakin gejala ni boleh terhapus sepenuhnya selagi ada kita manusia ni wujud (biasa ah kan nafsu jahat nak menipu akan sentiasa ada) tapi untuk mengurangkannya, dengan izin tuhan pasti boleh!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *