Revenge – Strike.Smother.Dehumanize [Full Length, 2020]
Kelam-kabut. Barai. Insanely Satisfying.
Formula Revenge untuk setiap keluaran adalah sama, dan Strike.Smother.Dehumanize juga tak terkecuali; Black Metal rabak, takde melodi dan ditulis untuk melampias marah yang tak sudah yang diterbitkan melalui Season of Mist.
Mudah sekali untuk turned off dengan terbitan sebegini kotor dan bising, boleh kata hampir semua trek berbunyi sama. Tetapi kepada yang setia dan kaki War Black/Death Metal (terutamanya pendengar Conqueror dan Blasphemy), ini adalah halwa telinga.Tiada selok-belok melodik dan teknikal, cuma pure destruction and hate.
Dengan sound gitar yang murky dan mendap, ditambah dengan hentaman dram tak berhenti-henti, lepas tu pulak ada vokal denga efek seakan monster, keluaran Revenge ini bagaikan mendengar soundtrack untuk total destruction. Pecah. Bersepai. Takde kompromi. Tiada ruang untuk bernafas, hanya kemusnahan demi kemusnahan. Strike.Smother.Dehumanize tak perlu gimik, kerana Revenge sendiri memang digeruni akan reputasinya sebagai band Black Metal yang takde tolak-ansur dan menganjurkan kemusnahan total. Itu dah gimik la tu.
Strike.Smother.Dehumanize adalah album yang untuk anda dengar selepas mengalami hari yang menyakitkan hati dan terasa nak bulldoze segalanya
Album ini terdapat dalam format CD, piring hitam dan muat turun digital.
FFO: Blasphemy, Conqueror, Beherit, Adversarial