Rehearse – Chaos Reign (EP 2013)

2

Rehearse merupakan sebuah band yang membawakan konsep Death Metal pada amnya. Formasi dari Serdang Selangor yang lahir pada 2011 ini jika diteliti aliran music Death Metal nya tampak punya kepelbagaian elemen termasuk Gore, Slamming dan Brutal Death. Chaos Reign merupakan buah tangan berformat CD EP yang mempertaruhkan 4 buah lagu. Rehearse bernaung di bawah Uprising Music Society.

Uze (Vocal), Adli (Lead Guitar), Yusuff (2nd Guitars), Tariq (Bass), Fariq (Drummer)

Layout/Design oleh PixelDixelArt
Tracklist :
1 – Bloody Mess
2 – My Hammer, Your face
3 – I Am Genocide
4 – Beyond Vengeance

Chaos Reign melalui proses rakaman di Uprising Studio, Selangor. Tidak dinyatakan siapa yang bertanggungjawap dalam hal mix dan mastering bagi EP ini.

Bloody Mess bermula dengan garang sekali. Jelas kedengaran pada awalnya penangan Death Metal melalui serangan drum dan riffing. Namun pada verse pertama kedengaran seakan mendengar irama Gore sebelum riffing Death Metal kembali menyerang. Gua boleh kata riffing gitar mereka agak merbahaya. Vocalist band ini pada gua membawa gaya seakan vocalist band Gore/Slamming dengan suara pelbagainya dan x lupa pig squeal yang kental!

My Hammer, Your Face mula jek macam layan Cannibal Corpse plak gua rasa. Vocalist tak bagi ruang langsung ditambah dengan riffing laju dari gitarist dan hentakkan drum yang memang tak ada belas langsung. Ok, berhenti sekejap di tengah track. Ada sikit alunan keyboard bersahaja (kalau live macamana nak main ni? hahaha) sebelum verse seterusnya muncul bersama solo gitar yang sedikit menggigit. macam dengar Fleshgod Apocalypse lah pulak bro…

I Am Genocide ni gua rasa sedikit tertarik pada part tertentunya. Walaupun starting track ini agak tipikal Death Metal apa yang dipersembahkan sehingga ke riffing breakdown yang boleh buat crowd menumbuk lantai jika dipersembahkan di atas pentas. Ok, perkara yang menariknya dipertengahan track Reherase berani menyelitkan permainan selamba yang sedikit jazzy tanpa distortion. Agak gila juga apa yang dilakukan sebelum track kembali menjadi berat berdistortion sehingga tamat.

Beyond Vengeance pada gua sebuah track menarik dengan riffing menonjol yang banyak mendominasi keseluruhan track. Boleh jugak gua kata track ini ada flow tinggi rendah nada nya. Pengaruh Fleshgod Apocalypse paling mudah dihidu pada track ini. Tak keterlaluan jika gua katakan track ini paling bermelodi jika dibandingkan dengan track2 awal.

Secara teknikalnya, gua beranggapan sound produksi yang dihasilkan melalui Chaos Reign sudah cukup profesional dengan keseimbangan yang jelas dari kesemua instrument yang dimainkan. Cuma gua rasa sedikit ralat kerana gua rasa drum menggunakan programming kerana Rehearse punya pemain drum. Mungkin untuk keluaran akan datang Rehearse perlu menggunakkan original drum untuk sesi rakaman. Selain dari itu seperti yang gua nyatakan diawal perenggan diatas, Rehearse merupakan band Death Metal yang punya kepelbagaian dalam gaya penciptaan lagu2 mereka. Mungkin ada kala seakan mendengar Cannibal Corpse, Waking The Cadaver, Kranium dan band seangkatannya.

Ok, memandangkan Chaos Reign telah berada dipasaran sekitar pertengahan 2013 so gua x pasti jika ianya masih boleh didapati atau sudah sold-out. Oleh itu ada baeknya anda hubungi sendiri band ini melalui beberapa link yang kami sediakan dibawah ini untuk mendapatkan CD ini dengan harga RM15 sahaja.

Rehearse – Full EP


Email
Facebook
Twitter
Reverbnation
Bandcamp

2 thoughts on “Rehearse – Chaos Reign (EP 2013)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected