Pure Wrath – Ascetic Eventide (2017)

1

Sekitar pertengahan 2016 sehingga suku pertama 2017, gua sudah mula kembali cuba mendengar material band2 dari Indonesia yang agak lari dari pendominasian genre Brutal Death yang ternyata tumbuh tanpa sebarang batasan. Mungkin genre tersebut punya pasaran dan menjadi kegilaan di Indonesia dengan ciri music yang keras, kental dan menguji kemampuan manusia untuk tahap kelajuannya. Gua berjaya menyelongkar beberapa band berpotensi yang lari dari genre Death Metal dan seangkatan dan menjumpai beberapa band yang punya potensi besar dan perlu di expose untuk kualiti yang mereka ada seperti Vallendusk, Fromhell yang mana album2 mereka sudah berjaya mendapat perhatian label Eropah untuk urusan produksi. Pada 20 February 2017, dibawah label Hitam Kelam Records, one men band bernama Pure Wrath telah menghasilkan sebuah full length bertajuk Ascetic Eventide (2017). Dengan memegang genre Atmospheric Black Metal, gua berpendapat album dan juga band ini adalah sangat bagus dari segenap aspek dan saranan gua, sila dapatkan copy untuk anda memandangkan ianya hanya dikeluarkan sebanyak 500 copies sahaja untuk format CD, 300 copies vinyl dan 100 copies kaset disamping pembelian secara digital.

Ryo – everythings..
Artwork oleh Aghy Purakusuma
Design/Layout oleh Yogga Beges
Tracklist :
1 – Colourless Grassland
2 – Mountain Calls
3 – Clouds Retiring
4 – In Cold World
5 – Pathetic Fantasies
6 – Between Water and Winds

Ascetic Eventide (2017) melalui proses rakaman, mix dan mastering di Insidious Soundlab, Indonesia sekitar September sehingga December 2016. Kesemua instrument dimainkan oleh Januaryo Hardy.

Jujur gua katakan sukar untuk membuat review satu persatu track2 terkandung didalam album ini. So gua simpulkan album ini merangkumi track2 yang berdurasi panjang sekitar 5 ke 8 minit. Music Pure Wrath secara am nya boleh menyaingi atau setanding kehebatan Vallendusk dan Fromhell. Mungkin tepat jika gua katakan Ascetic Eventide adalah album bergenre Black Metal yang punya roh dan jiwa yang gelap namun punya kekuatan dari segi melodi yang “indah” (sila dengar sendiri dan mungkin anda akan bersetuju dengan pendapat gua). Penggunaan perkataan “Atmospheric” untuk melabel genre Black Metal bawaan Pure Wrath juga bertepatan dengan latar2 bunyi dari synth/keyboard. Ia seakan membawa satu perasaan menuju kedalam mesej yang cuba disampaikan melalui setiap track.

Dari segi sound produksi, ianya sangat perfect untuk konsep sebegini. Bersih dan mixing yang punya keseimbangan yang bagus dimana setiap instruments mampu didengar apa yang dimainkan. Ya Indonesia ternyata sudah maju jauh dalam hal ehwal kualiti bunyian rakaman.

Ascetic Eventide boleh diperolehi dengan menghubungi band atau label2 pengeluar seperti dinyatakan dan kami menyediakan link2 berkaitan untuk urusan pembelian. Kenali Pure Wrath juga melalui link2 yang disediakan. Sebelum tamat review, kami memuatkan preview album yang boleh di stream melalui bandcamp mereka. Ini bukan sebarangan produk!

Pure Wrath
Facebook
Bandcamp
Youtube

Hitam Kelam Records
Email
Official Website
Facebook
Twitter
Instagram

Throat Production
Email
Facebook
Twitter
Bandcamp

1 thought on “Pure Wrath – Ascetic Eventide (2017)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected