Protokol – Mommy Says Don’t Talk To Bastards (1998)

0

Protokol adalah antara band bawahtanah yang beralamat di Kuala Kangsar Perak. Membawa genre yang boleh diklasifikasikan sebagai Grindcore yang agak sedikit experiment untuk beberapa tracks, Protokol gua kira antara band yang bergerak dalam ruang lingkup Punk/Hardcore/Crust/Grind iaitu gerakan yang sama dilalui band2 seperti Parkinson, Mass Separation dan seangkatan. Mommy Says Don’t Talk To Bastards (1998) adalah antara material yang membuktikan Protokol adalah antara band bawah tanah yang sama2 menggerakkan scene ini suatu masa dahulu. Material ini dikeluarkan dalam format kaset/tape oleh Pure Minds Records (Malaysia). Protokol dianggotai oleh

 Shaiful (Bass), Shahrul (Drums), Shah (Vocals) & Azhar (Guitars).

Tracklist :
1 – You Are Not My Friend
2 – Future War
3 – Agnostic After Midnight
4 – Mommy Says Don’t Talk To Bastards
5 – Illustrated
6 – Old Fool
7 – The Nation Falling
8 – No One Come Forth
9 – Suicide
10 – Homesick
11 – Blood Bowl Inside
12 – Resist the Truth
13 – Heartbeat
14 – Realize Real Lies
15 – Politics
16 – Repulsion
17 – Fight Back
18 – In Your Eyes

Dinyatakan rakaman adalah dilakukan di Revival Studio (gua ingat2 lupa dan agak yakin studio ini bertempat di Ipoh Perak). Proses rakaman berlaku juga pada tahun yang sama iaitu pada 1998.

Mendengar kembali tape ini, mengingatkan kembali kepada era awal 90an dimana beberapa band dengan rentak Grind mula berani menghasilkan demo, ep dan album yang boleh didengar dan dijadikan khazanah untuk hari ini. Music Protokol seperti yang gua nyatakan diperenggan pertama adalah berteraskan Grindcore. Ia disulami beberapa elemen seperti Hardcore dan Grind Death. Bila menyebut Grind Death, gua boleh simpulkan gaya dan pembawaan music Protokol ada sedikit iras seperti Slum Scum (berita terkini mereka sudah kembali menghangatkan pentas2 gig) yang lahir dengan sebuah album bertajuk Menace To Insanity (1993) dibawah VSP.

Dari segi sound produksi, ini adalah antara produk yang bagus walaupun tidak meletup seperti band2 yang bersama syarikat rakaman besar yang merasai peluang rakaman di King Studio satu masa dahulu. Gua beranggapan jika rakaman dilakukan di studio power, pasti produk ini kedengaran lebih kebabom!

Ok, rasanya Protokol mungkin sudah tidak aktif dan mungkin jua line up ada yang kini bersama band lain atau mungkin juga terus memencilkan diri. Protokol adalah antara band yang termaktub didalam sejarah music Grind tanahair dan Mommy Says Don’t Talk To Bastards (1998) adalah antara khazanah berharga dari scene dan genre music pantas negara.

Protokol
Email (tak pasti masih aktif atau tidak)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected